Thursday, April 29, 2010
Yg mana dulu patutnya?
Baru leh start takyah tendang...huhu... inilah yg terjadi bila bijak terjadi bijak.. agaknya la..
Thursday, April 22, 2010
When I get older, I will be stronger
Waving Flag – K’naan
Ooooooh Wooooooh, Ooooooh Wooooooh
Give me freedom, give me fire, give me reason, take me higher
See the champions, take the field now, you define us, make us feel proud
In the streets our heads are lifting, as we lose our inhibition,
Celebration, its around us, every nations, all around us
Singing forever young, singing songs underneath that sun
Lets rejoice in the beautiful game,
And together at the end of the day.
We all say
When I get older I will be stronger
They’ll call me freedom, just like a wavin’ flag
When I get older I will be stronger
They’ll call me freedom, just like a wavin’ flag
So wave your flag, now wave your flag, now wave your flag
Oooohhh, Oooooooooh wooooohh, Oooooooooh wooooohh
Give you freedom, give you fire, give you reason, take you higher
See the champions, take the field now, you define us, make us feel proud
In the streets our heads are lifting, as we lose our inhibition,
Celebration, its around us, every nations, all around us
Singing forever young, singing songs underneath that sun
Lets rejoice in the beautiful game,
And together at the end of the day.
We all say
When I get older I will be stronger
They’ll call me freedom, just like a wavin’ flag
When I get older I will be stronger
They’ll call me freedom, just like a wavin’ flag
So wave your flag, now wave your flag, now wave your flag
Now wave your flag (4x)
Oohhoooohh Woooh Ohohooooh Wooohoooh
We all say
When I get older I will be stronger
They’ll call me freedom, just like a wavin’ flag
When I get older I will be stronger
They’ll call me freedom, just like a wavin’ flag
So wave your flag, now wave your flag, now wave your flag
Now wave your flag (4x)
Oooooh woowoo ooh Wooo ooohh ooohoh
And everybody will be singing it
Oooooh woowoo ooh Wooo ooohh ooohoh
And we all will be singing it
Tuesday, April 20, 2010
Terima lah....
Lirik Puisi Hamba – Ella
Esok hari…tiada lagi…
suram nya hati utk ku pergi…
meninggalkan bulan dan suria…
itu umpama kamu semua…
diri ini diterpa hiba…
tika fajar berubah senja…Ooo…
c/o
Terima lah puisi hamba…
pengganti ku bila tiada…
sukar untuk ku berkata…
selamat tinggal semua…
Aku ini sering berdoa kepada yang Maha kuasa
agar kita satu semula…
sayang ini bukan masanya…
Sejauh mana aku kembara….
memori ku digalas bersama…
esok hari tiada lagi suramnya hati untuk ku pergi
terima lah…terima lah.. terima lah…
Sunday, April 18, 2010
Ilmuan Islam: Salman al-Farisi
KEJUTAN antara senjata ampuh dalam peperangan. Itulah yang berlaku dalam Perang Khandak (Parit). Selepas kejayaan tentera Quraisy mengalahkan umat Islam pada perang Uhud, mereka ingin melakukannya lagi dalam perang Khandak pada 6 Hijrah. Dengan pakatan orang Yahudi Madinah daripada puak Bani Nadir dan jumlah tentera melebihi 10,000 pasukan, tentera gabungan kaum musyrik di bawah pimpinan Abu Sufyan ibn Harb menyerang Madinah.
Tentera Islam dengan kepemimpinan Nabi SAW hanya berjumlah 3,000 pasukan, manakala pihak musuh pula 10,000 orang. Mesyuarat pun diadakan untuk mencari kesepakatan yang terbaik dalam mempertahankan Madinah.
“Wahai Rasulullah,” jelas suara seseorang mula mengemukakan pendapatnya. “Mengapa kita tidak membuat parit di sekeliling Madinah? Cara ini biasa kami lakukan dalam menghadapi peperangan.” Semua yang mendengar terpegun dan berasa hairan. Membuat parit? Untuk apa? Tidak pernah terbayangkan oleh mereka cara ini. Pasti akan memakan masa yang lama.” Itulah mungkin antara reaksi yang timbul.
Nabi pun menerima cadangan itu dan memerintahkan semua sahabat untuk membuat parit di sekitar Madinah. Akhirnya mereka berhasil membuatnya dalam tempoh enam hari. Berkat parit itulah, Madinah terselamat daripada jatuh ke tangan musuh Islam. Umat Islam memperoleh kemenangan besar dalam peperangan ini dan dijadikan satu nama surah al-Quran iaitu surah al-Ahzab (Gabungan Tentera).
Antara sebab kemenangan itu adalah ada unsur kejutan dalam pembuatan parit yang tidak dikenali masyarakat Arab ketika itu. Unsur kejutan ini diberikan cadangannya oleh seorang sahabat warga asing yang berasal dari Parsi bernama Rouzbeh atau yang dikenali dalam Islam dengan nama Salman al-Farisi.
Salman al-Farisi pada awal hidupnya ialah seorang bangsawan dari Parsi yang menganut agama Majusi.
Beliau dilahirkan di kota Kazerun, Fars, Iran. Ayahnya seorang Dihqan atau pegawai daerah. Dia adalah orang terkaya dan memiliki rumah terbesar.
Sebagai seorang ilmuwan dalam agama Majusi yang tidak henti-henti mencari kebenaran, Salman kemudian menemukan agama Kristian lebih baik daripada Majusi dan melarikan diri ke Syria untuk mendalaminya. Paderi terakhir sebagai gurunya memberitahunya bahawa sudah datang seorang nabi di tanah Arab, yang memiliki kejujuran, yang tidak memakan sedekah untuk dirinya sendiri.
Salman pun ke Arab mengikuti pedagang dari Bani Kalb, dengan memberikan wang dimilikinya. Pedagang itu setuju untuk membawa Salman. Ketika tiba di Wadi al-Qura (tempat antara Syria dan Madinah), pedagang itu mengingkari janji dan menjadikan Salman bahan dagangan yang dijual kepada seorang Yahudi.
Salman pun tiba di Madinah bersama tuannya. Selepas berjumpa dengan Nabi, Salman akhirnya memeluk Islam, tapi beliau masih hidup sebagai hamba sahaya Yahudi sehinggalah dimerdekakan oleh Nabi dan sahabat selepas perang Uhud. Uniknya, sebahagian wang tebusan memerdekakan Salman itu diberikan Nabi SAW melalui penanaman 300 pokok kurma yang ditanam Baginda.
Salman bagaimanapun belum boleh mengikuti perang Uhud dan sebelumnya perang Badar kerana beliau masih menjadi budak hamba.
Betapa gembira hatinya, kenyataan diterimanya jauh melebihi apa dicita-citakan, daripada sekadar ingin bertemu dan berguru menjadi anugerah bermakna iaitu pengakuan sebagai Muslimin. Beliau diletakkan di bawah jagaan Abu Darda’ al-Ansari.
Salman al-Farisi banyak mendapat gelaran daripada Rasulullah SAW seperti disebutkan dalam beberapa hadis antaranya ‘Imam,’ ‘Benderanya Bendera,’ ‘Ahli Waris Islam,’ ‘Ilmuwan yang amat berilmu’ dan ‘Seorang Keluarga Nabi.’
Salman juga yang mencadangkan tentera Islam pimpinan Sa’ad bin Abi Waqqas untuk menyeberangi Sungai Tigris untuk menakluk tentera Parsi pada 16 Hijrah, padahal tentera Islam tidak biasa menghadapi situasi tempat yang ada sungai. Mereka hampir putus harapan bagaimana mahu menyeberanginya.
Selepas menyeberangi sungai tanpa seorang pun yang tewas dan cedera yang mana kejadian itu menakjubkan tentera Parsi dan rajanya sehinggakan mereka semua memilih untuk memeluk Islam.
Salman al-Farisi kemudian diangkat menjadi Gabenor di Parsi. Bagaimanapun, beliau tidak sombong, lalai dan tertipu dengan muslihat dunia. Beliau tidak memiliki rumah dan hanya tidur di bawah lindungan bayangan satu pohon ke pohon yang lain.
Salman al-Farisi meninggal dunia pada 33 Hijrah pada zaman Khalifah Othman ibn ’Affan, di tempat beliau dilahirkan.
Sumber: Berita Harian 18/04/2010
Mampu ke?
Ari ni check aplication utk kemasukan ke OUM. Seperti 3 orang kawanku, aku juga dapat tawaran melanjutkan study lg. Otak dah berkarat akan cair le nampaknya. Tapi akan cairkah? Mampukah aku study disamping menjalani kehidupan sebagai pekerja,suami & ayah dlm satu masa? Tp aku respeks ngan kawanku Daun yg mampu menjalani kehidupan sebagai suami,ayah & student dlm ijazah kejuruteraan dlm satu masa. Aku kena irihati & dengki. Maksudku jika dia mampu kenapa tidak aku? Sedangkan aku ada kawan2 yg sama kursus sedangkan dia berseorangan study. Itu lah bg aku sifat irihati yg bersifat positif. lagipun ini adalah peluang yg ada.
Aku akan cuba & terus berusaha... semoga apa yg aku gapai tercapai suatu masa nanti... 5 tahun mungkin satu tempoh masa yg panjang tp jika aku berjaya nanti ia adalah salah satu cita2 & impian yg aku impikan yg ada dlm perancanganku sejak sekian lama. Tak kisah la kalu aku mati pun aku tak guna sijil ni pun. sekurang-kurangnya utk diri aku sendiri aku berpuashati, itupun jika aku berjaya la..
Saturday, April 10, 2010
Memalukan...
Nak main sukan lain mmg takde harapan la pasal biasanya diorng ambik geng2 diorang je. Maklumla gi lawan sambil jalan2. Aku pernah rasa pemilihan bola dulu. Kita yg turun training tiap2 hari tak terpilih pun. alih2 org yg tak pernah turun & tak pernah nampak muka gak terpilih pasal geng2 diorg.
Sunday, April 4, 2010
Ilmuwan Islam: Al-Haitham
SEORANG lagi ilmuwan Islam silam yang mempunyai sumbangan luar biasa dalam kemajuan tamadun manusia pada hari ini ialah Abu Ali, Hassan ibn Hassan Ibn al-Haitham atau di Barat dikenali dengan nama Alhazen, Avennathan, dan Avenetan.
Beliau dilahirkan pada 354 Hijrah (965 Masihi) di Basrah dan meninggal dunia pada 430 Hijrah (1039 Masihi) di Kaherah pada usia 74 tahun. Beliau dikenali sebagai saintis pertama.
Jika satu daripada kajian dan penyelidikannya tidak dibukukan dalam kitabnya al-Manazir (Book of Optics) pada 1021 Masihi, tamadun dunia harus mencari orang lain agar mereka boleh menemukan mikroskop dan teleskop daripada ahli sains Barat termasuk Johannes Kepler (w 1630M) yang datang 600 tahun sesudah Ibn al-Haitham. Dalam kitab Abjad al-Ulum karangan al-Qannuji jilid 2 muka surat 519 ditulis: (Ilm al-Manazir, Ilmu Optik) adalah satu ilmu yang dengannya diketahui sebab terbalik dalam penglihatan mata dengan cara mengetahui kejadiannya yang diasaskan kepada pengetahuan penglihatan menerusi garis sinar bahagian atas yang dilakukan orang yang melihatnya, manakala bahagian bawahnya terlihat kemudian berlaku sesuatu yang terbalik sehingga nampak besar benda yang dekat dan nampak kecil benda yang jauh.
Dalam perkataan lain, dengan menggunakan kaedah matematik dan moden fizik yang baik Ibn al-Haitham dapat membuat eksperimen teliti, beliau meletakkan optik pada batu asas yang kukuh. Beliau menggabungkan teori dan eksperimen dalam penyelidikannya. Dalam penyelidikan, beliau mengkaji gerakan cahaya, ciri bayang dan imej dan banyak lagi fenomena optik yang penting.
Beliau menolak teori Ptolemy dan Euclid yang mengatakan manusia melihat benda melalui pancaran cahaya yang keluar dari matanya. Menurut Ibnu Haitham, bukan mata memberikan cahaya tetapi benda yang dilihat memantulkan cahaya ke mata manusia.
Oleh kerana kehebatan Ibn al-Haitham menghuraikan optik, RL Verma dalam bukunya Al-Hazen: Father of Modern Optics, menjoloki Ibnu al-Haitham sebagai bapa optik moden. Rosanna Gorini dalam tulisannya Al-Haytham the Man of Experience, menyebut beliau pelopor metod ilmiah moden.
Kemudian dijelaskan lagi prinsip ilmu optik ini dan akhirnya al-Qannuji mengatakan: Ramai ilmuwan Greek yang menulis dalam ilmu ini dan ilmuwan Islam yang paling masyhur dalam ilmu ini ialah Ibn al-Haitham dan antara buku ringkas mengenainya ditulis Achedes, sedangkan buku yang sederhana ditulis Ali ibn Isa al-Wazir manakala yang panjang lebar ditulis Ibn al-Haitham. Beliau menulis buku ini selepas melakukan satu lakonan yang hanya beliau sendiri yang tahu sebab musababnya. Dikisahkan beliau dijemput pemerintah Dinasti Fatimiyyah, al-Hakim Amirillah ke Mesir untuk menyelesaikan masalah banjir Sungai Nil. Beliau dijemput kerana kemasyhurannya sebagai saintis ulung pada masa itu di Baghdad. Malangnya, beliau tidak boleh menyelesaikan tugas itu kerana kurang peralatan. Untuk menyelamatkan diri daripada kemurkaan al-Hakim beliau berpura-pura hilang ingatan sampai al-Hakim mangkat pada 1021 Masihi. Pada tahun itu juga buku al-Manazir selesai ditulisnya.
Ibn al-Haitham memiliki banyak karya. Beliau menulis tidak kurang 200 judul buku. Karya itu berhubung dengan ilmu fizik dan matematik, antara ilmu yang sangat dikuasainya dan hampir keseluruhan diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah.
Beiau dibesarkan di Basrah dan Baghdad, dua kota yang menjadi pusat ilmu pengetahuan Abbasiyah pada masa itu. Di sinilah beliau memulakan pendidikan awalnya sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya. Selepas beberapa lama berkhidmat, beliau merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Beliau melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan.
Keintelektualan Ibnu Haitham terbukti ketika menjadi pelajar dengan kecenderungan terhadap pelbagai ilmu. Beliau tidak jemu menimba ilmu sama ada agama atau ilmu matematik, fizik, astronomi, perubatan, falsafah dan mantik.
Ibn al-Haitham pernah ke Andalusia (Sepanyol), kiblat ilmu pengetahuan Eropah pada masa itu. Di sana beliau mempelajari bidang optik sehingga terkenal. Selama menetap di Mesir, Ibnu Haitham memperkukuh Universiti al-Azhar dan terus menyambung usaha ilmiahnnya dalam bidang yang cukup saintifik. Beliau turut menterjemahkan buku matematik dan falak ke bahasa Arab terutama daripada bahasa Latin.
Demikianlah Ibn al-Haitham sebagai saintis pertama dan jika Barat bersikap jujur, beliau sudah pasti disenaraikan dalam The Great Scientists.
Sumber ; Berita Harian 04/04/2010
Saturday, April 3, 2010
Halangan sebagai ujian
Dalam kehidupan & keadaan aku yg bekerja dan sebagai ketua keluarga adakah aku mampu membahagikan masa utk semua itu nanti? Kadang2 terdetik juga hati ini bila tengok kawan2 yg masih mampu mengharungi semua itu. Dan ada yg telah berjaya...
Lagipun kali ini ada kawan yg bole dijadikan rujukan & berbincang masalah yg ada nanti aku dpt peluang ini... dan jika peluang itu muncul di depan mata, aku akan bergelar pelajar semula. Insya-Allah.