Thursday, December 16, 2010
Terpaksa yg terpaksa
Aku terpaksa membayar 7 saman yg bukan aku tandatangan pn. Ikut kawan aku check saman,aku pun check la. Rupanya ada 8 saman atas nama aku.Dan saman2 tersebut adalah dr 2003 hingga 2006. Tp aku rasa terpaksa juga membayarnya. Walaupun ada diskaun 50% kali ini aku rasa macam bg gitu2 je kat diorg. Bukti aku kena speed trap pun takde. Yg 2009 aku kena saman aku tandatangan kt situ terus bole la aku terima. Ini tak tau bila masanya tiba2 ada saman. Sedangkan saman berdasarkan no plat kereta. Kena lak yg pakai plat org lain agaknya camne la tuan punya plat asal?
Saturday, December 11, 2010
Lawan yg menjatuhkan ?
Hanya kawan yg boleh menjatuhkan kita bukannya lawan. Lawan akan menjadikan kita makin kuat bila berjuang tapi kawan2 & sahabat2 adalah orang yg paling mudah utk menjatuhkan kita. Siapa tahu?
Friday, December 10, 2010
Membaca tapi tak faham
Salah satu persedian utk menghadapi exam ialah membaca & mengingat. Tapi jika membaca tapi payah nak faham camne la nak ingat. Adakah kerana cara membaca?, suasana ketika membaca? ikut mood ketika membaca? & berbagai lagi faktor... Tapi jika terlalu mengikut mood agaknya sampai bila2 pun tak membaca la jawabnya.
Sunday, December 5, 2010
Secawan air se kg gula?
Hari ini dikantin kat tempat keje selepas kenaikan harga gula...hahaha... patut la ramai yg kencing manis... minum air segelas gula sekilo...huhuhu...
Disebalik warna
Lakar warna pada kanvas tanpa terkoyak pasti indah hasilnya.. fahami hitam bukan dlm kegelapan..perhatikan putih yg mudah dipercik kotoran..maksud tersirat ada dibalik yg tersurat.
Saturday, December 4, 2010
Friday, December 3, 2010
Naik lagi?
Kenaikan harga petrol RON95, sebanyak 5 sen menjadikan RM1.90 seliter, diesel naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
Kerajaan terus memberi alasan sama terhadap kenaikan itu dengan mendakwa ianya bagi menyelaraskan subsidi.
Semua harga baru itu berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok.
Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter.Ari ini dlm FB dr rakan FB ku;
Apa nk jd ni...br bln lps myk naik, esok myk naik lg. Gula br2 ni dh 2 kali naik pun esok naik lg! Tak psl2 brg lain pun semua ikut naik...x abis2 barang naik...barang naik...barang naikkkkk!!!!
kesian kat org2 yg berpendapatan serdahana cam aku...minyak naik,gula naik sib baik darah x naik....huhu
Kenapa naik???
Subscribe to:
Posts (Atom)