Friday, May 20, 2011

Balik kampung 1999

Kenangan masa konvoi balik kampung 1999 nak raya dr selangor ke paka,terengganu. Masa ni aku keje NEC Semiconductor. Ramai geng2 NEC ngan geng2 politek dulu yg keje area selangor. Join masa perjalanan abang NSR plat TVxxx(aku tak ingat nombor). Masa ni TZM,RXZ,NSR & yg paling laju aku ngan Yamaha SS.

Ni masa nak gerak malam tu. Kumpul ramai2.

Ni masa berehat kat Petronas Maran.

Tuesday, May 17, 2011

Macam Buang patut dibuang

Tadi tengok citer Sarjan Hassan lakonan P Ramlee. Aku tertarik watak Buang yg akhirnya sanggup menjadi kempetai (tali barut) Jepun. Sikapnya makin bongkak selepas mendapat jawatan dari watashi. Dia sanggup mengkhianati bangsa & orang kampungnya sendiri. Sebenarnya orang macam Buang tu masih ada & ramai dalam dunia sekarang ni.Ini boleh dilihat dgn jelas kat tempat kerja aku memang ada. Kerana pangkat yg dikejar mereka sanggup mencantas hak rezeki orang lain, memburukkan rakan sekerja sendiri dan menonjolkkan diri secara keji samaada melalui hal duniawi atau ibadat.
Ada juga yg menggunakan kuasa yg ada utk menekan orang2 yg benar kerana bagi mereka kebenaran adalah pahit utk mereka akui. Kuasa bukan bergantung pada pangkat tp jawatan sampingan yg dilihat ada memberi pengaruh kepada pengurusan asalkan bukan bertindak bertentangan. Mmg benar pengurusan perlu mngurus perjalanan tanpa gangguan tapi sekurang-kurangnya kelemahan yg ada diakui & diperbetulkan, bukannya membiarkan ia begitu saja & tindakan seterusnya merumitkan lg keadaan.

Monday, May 9, 2011

Gula naik lg

Rasanya baru tahun lepas dh naik..Esok harga gula naik lg 20sen/kg. Minyak RON97 baru je naik selepas naik hari tu.. Gaji naik tak seberapa..Huh..

Saturday, May 7, 2011

Chicken chop


Ari ni utk yg keberatus kali ntah makan kat KFC.. lunch kat KFC Kijal lg..saje layan orang umah nak rasa chicken chop KFC..nasib la aku bukan artis & tak glamer..kalu tak maunya jadi duta KFC... Mubasyir dah 8 bulan lebih pun yg keberapa kali dah ni jejak KFC ...tp temankan je mak ayah ngan abang2 dia makan.. Dulu masa keje kat Banting ngan Langkawi biasanya gi ngan kawan2 lepas bole gaji.. Macam dah takde benda aku nak tulis dah agaknya..huhu..

Monday, May 2, 2011

Itu silap Haji sendiri!

Aku ada wat loan kelab utk beli barangan sukan. Baru 2 minggu hantor borang dlm slip gaji dh kena potong. Pelik gak belum lulus lg dh kena potong. Lebih dari sepatutnya plak tu. Aku gi la tanya Haji yg pegang jawatan bendahari ni. Dia kata silap dia..Tapi tadi dia check dia citer yg potong dh betul tp yg tahun lepas punya. Dah la aku wat loan skali lg pasal raket aku patoh belaga baru ni ngan beli kasut badminton se pasal yg ari tu dh koyak. Jadi overlap la palak loan aku.Yg aku tak puas hati potongan tu digabung sekali..jadi banyakla la jadinya...Kesilapan Tuan Haji aku pulak yg kena tanggung..Dah la ini bukannya kesilapan pertama Tuan Haji tau!? Kalu gaji aku besor cam gaji Tuan Haji takpela nak potong banyok pung...