Wednesday, November 30, 2011

Pembalasan berbaloi


Ari ni tgk parit byk air lg. Gua ngan Cuit yg tengah 'gila casting' main casting haruan.. Cuit walau dapat gak haruan yg agak2 setengak kilo tp akhirnya kecewa bila rod jorannya patah akibat perlawanan dgn haruan lain yg rasanya agak besar tapi terlepas selepas itu..


Selipar saiz 8.


Ternyata cubaan menggunakan popper juga berhasil..

Tuesday, November 29, 2011

Casting parit bah

Dulu aku pernah try parit tali air ni tapi tak berhasil. Kali ni pasal dah selalu kumpau kat paya hujung kuarter saje je try pasal hujan 2, 3 ari ni telah memenuhkan parit ni...Rupanya memang ada yg menarik di tempat ni... Mungkin selepas ni tempat ni jadi tumpuan kitorang utk casting agaknya...

Limpahan air dari paya telah memenuhkan parit ini...
First balingan, first strike.


Nun disana Cuit melakukan casting..

Hikmah melalui anak

Selepas kejadian kena start wat balik assignment ari tu..dgn sumber yg baru pasal yg hok aku punya rujukan sebelum ni aku surf tak jumpa..tp dapat rujukan baru yg lebih baik siap ada gambar.. dan malam itu dengan motivasi stress aku buat gak asignment sampai ke pagi..sampai aku sedar sebenarnya aku tertido depan PC...tambah sikit lg terus send melalui online...

dan...hasilnya.... Introduction of Manufacturing aku 24.999% drpd 30% markah... ok la tu utk tahap macam aku ni...

Terima kasih Mubasyir Idraki kerana kacau ayah wat asignment...tp jangan selalu ye!..

Sunday, November 27, 2011

Haruan Awal Muharram

Paya hujung kuarters (atau paya depan umah Nua)



Ungkapan Athur

Aku suka dgn ungkapan ini yg sama dgn prinsip aku..

Thursday, November 24, 2011

Review?..BLah la..

Assalam..kum wbt,

TINGKAT PRODUCTIVITI KERJA KURANGKAN JUMLAH MC OK !!!! GUYS....( HJ HJ HJ )

Seperti yang telah dimaklumkan tarikh akhir untuk review KPI & Compentecy bagi semua anggotakerja ialah 15/12/2011, pesanan pihak pengurusan dalam EDM pada 23/11/11 adalah-



1. List KPI & Competency antara IM dengan anak buah hendaklah berbeza tak boleh 100% sama, sekiranya ini berlaku penalti akan dikenakan kepada IM.

2. Pengurusan memaklumkan KPI & Compentency yang baik seperti dari IMS boleh di ambil sebagai rujukan, pohon pihak pengurusan majukan tindakan.

3. KPI & Compentency review antara SSCE dengan EG, CA & SBO hendaklah dilaksanakan dengan teliti dan baik.

4. Kemudian review seterusnya antara CA dengan CO dan SBO dengan semua Peronda shift masing-masing hendaklah dilaksanakan dengan baik dan teliti.

5. Akhirnya SSCE update final review dalam CBPMS, sekiranya ada keperluan boleh bawa berbincang bersama saya dan PK(P).



Sekian, terima kasih.



Hj Tok Mung.........

*Note: Pembohong belaka apa yg korang tulis..Sekadar kosmetik je..Ada review?..Tak, ikut suka kepala korang je buat prestasi..

Wednesday, November 23, 2011

Kutuk ngan hina perkara berbeza.

Manusia kadang2 berkata-kata tanpa mengetahui hal sebenarnya & hanya berpandukan rasa tak puas hati kat seorang je tapi habis membabitkan orang lain yg tak kena mengena tp tergolong dlm golongan yg dikatakan memang manusia yg bodoh sombong,bebal & tolol. Jangan la nak menghina kerja orang lain kalu tak suka ngan orang lain sekalipun. Kalu kerja yg dilakukan oleh diri sendiri tak ikhlas janganlah berharap sesuau yg baik akan berlaku kpd diri sendiri.

Kutukan ngan menghina adalah sesuatu yg berbeza bg aku. Penghinaan adalah merendahkan tahap seseorang & menjatuhkan air muka. Tp kutukan ada kutukan yg membina, kutukan gurauan & kutukan yg menjatuhkan kredibiliti tanpa menjatuhkan air muka seseorang.

Friday, November 18, 2011

Kesian Big aka Azuan...

Hahaha... kesiannn...baru lepas kawin, bini duk jauh lak... Mintak tukar.. boss kata kepentingan stesen lebih penting dari kepentingan individu....huhu... sabar la kawanku... naik pangkat nanti mintak tukar la...


Drawing by Juddin at whiteboard messroom CCB.

Sunday, November 13, 2011

Sudah lama tidak menulis?

Adakah yg ditulis dikira menulis?... Macam aku lak yg sudah lama tak menulis...Update blok pun ikut rajin... tapi blog aku takde pengilut...so ape ke hal...

Menulis?..sebagai pelajar dah tentu aku menulis..tp kalu assignment kena pakai komputer, aku kat keje wat logsheet /report pun pakai komputer... masa jawab exam konfirm guna pen utk menulis... camne ye menulis?...

Saturday, November 12, 2011

1/3 to zero

tgh wat assignment pasal esok sebelum kul 1200 mlm nak kena anto...dgn penuh senyuman Mubasyir datang..tiba2 dgn sepantas Bruce Lee dia tarik kabel supply notebook aku lalu tercabut & notebook ter off..pasal aku tak pasang bateri... aku on balik notebook terus window takleh detect hardisk... assignment dlm suku dh aku buat..pastu backup document aku x buat... aduyai.. kena start dr zero la....

Monday, November 7, 2011

'Hanyir!' permulaan..

Petang td takde apa nak buat...Nak beraya raya haji takde beraya ngat. Anak ajak gi mancing. Dah lewat dh tapi redah je la. Casting kat paya dalam kuarters je...Saje layan anak2... Dapat la sekor haruan.. Sebenarnya dah lama aku casting..biasanya ngat Cuit...hari ini baru mengena...mungkin musim hujan ni payah skit kut.. Kenapa aku letak gak ikan sebesar lengan anak aku dalam blog ni?..Aku panas hati pasal lama doh nak rasa tarik ikan joran casting baru...Kira ni ikan yang pertama bg kekili & joran baru yg aku beli ari tu...huhuhehe... joran yg lama pernah dapat gak kat tempat ni.. tp kira ni utk joran casting sahaja...

Dapat jugak akhirnya.... semoga permulaan hanyir utk hanyir akan datang...

Paya hujung kuarters (atau bahasa kitorang paya depan umah Nua) yg selama ini tempat aku mancing/casting...Tp sebelum ini aku bantai guna joran & mesin hok biasa je.. dah ada bajet lebih baru sambar joran casting... tp ari ni baru joran casting aku HANYIR!...NGEE....
sebelum ni casting gak..tp selalu KUMPAU...NGAAA...