Setelah penjelajahan mencari lubuk haruan disekitar Kemasik menuju ke Kemaman dgn Cu'it, akhirnya lubuk yg menarik tak jumpa dan kekumpauan berlaku kepada kitorang.
Petang lak terus gi casting lg sorang2 selepas nak main badminton tak jadi pasal tak cukup orang. Level air berisiko utk kumpau tapi try je la. Lagipun nak try gewang janggut.
Sepanjang aku bergelumang dalam arena casting, buat pertama kali aku punya tali tiba2 berserabut, berselirat, berbelit & macam2 yg sewaktu dengannya.. Aku tak sedar masa nak baling gewang. Cuba try lerai, tp makin lerai makin kusut lak. Last2 panas hati, kelabu mata nengok simpul..aku potong terus (maleh dah nak lerai2 simpul..). Yg aku potong buang tu ada la kat 5 depa kut... Dan lepas tu baru bole casting balik..
No comments:
Post a Comment