Wednesday, September 30, 2009

Raya @ Re-union ?

Seminggu lebih bercuti di selangor memang memenatkan tapi seronok gak jumpa kawan2 kerja lama yg juga kawan2 sekolah & politeknik dulu. Itu pun ada yg tak sempat. Gi open house kawan2 kerja NEC dulu. Jadi bila jumpa kawan2 lama banyak la ceritanya. Semuanya berkait. Gi open house kawan kerja, adik ipar dia geng sekelas, serumah sewa & sepoli dulu. Jumpa geng NEC lama jumpa lak geng se KFL & sevokay dulu. Tp takleh lama2,nanti abih citer masa vokay terbongkar lak. Kadang2 rasa cam re-union geng sekolah & sepoli dulu lak.Kiranya seminggu lebih kat selangor tiap2 hari beraya je. Termasuk beraya umah kawan bini aku. Tp yg bagusnya sekurang-kurangnya ia menambahkan kenalan dengan suami & tunang diorang. Ye la dah pompuan sembang takkan nak join gak. Nyampuk sekali sekala boleh la. Jadi geng lelaki wat citer masing2 la.

Dan mungkin kerana pencampuran antara kuih raya & makanan yg aku sebat je menyebabkan aku MC 2 ari semalam. Dan seminggu lebih juga aku tenang dari hal2 kerja. Nasib aku tak jumpa cyber cafe (tak cari pun) dekat umah mertua aku. Kalu dapat buka emel dah tentu tau apa yg berlaku. Tp bagus gak la, tenang bab kerja ,serabut ngan benda lain lak.

Wednesday, September 23, 2009

Seksanya sakit gigi

Betul la kalu dah sakit gigi memang menyeksakan. Dah la nak makan takde selera (selera ada tapi kalu kunyah lg menyakitkan benda yg dah sakit,takkan nak cari sakit). Dah la sakit,rasa sengal je gusi, sakit menyucuk ke kepala. Tu yg rasa serba tak kena je. Dan yg malangnya, klinik gigi masih ditutup mungkin kerana doktor gigi masih bercuti raya. Tengok klinik gigi kat paka tadi 26hb 10 baru bukak. Beli ubat tahan sakit je la. Member pun pelik tadi aku mintak tumbuk pipi aku....

Tuesday, September 22, 2009

Hari raya yg sunyi

Hari ke2 berkerja dihari raya.Lepas kerja balik beraya di kg lg pasal adik2 aku yg dah kawin balik hari ni. Melayan anak sedara aku yg sorang tu je la. Dah bini & anak2 aku ada kat kg mak ayah dia kat selangor. Lagipun lama tak balik jadi bagi peluang la. Duk rumah sorang2 sunyi lak rasanya. Biasanya bising ngan anak2 je. Tapi kalu anak2 bising kang ada yg kena marah lak. Mungkin itulah sifat manusia, bila ada sesuatu didepan mata marah,bila takde rindu lak. Tp memang la anak2 aku aktif je kena lak kalu 2 orang tu tgh baik ke atau bergaduh. Begitu la agaknya perasaan kawan2 aku yg bini duk kerja diluar negeri Tganu ni. Lg pun aku pernah gak berjauhan masa bini aku berpantang kat sana & mula2 kawin dulu. Sunyi ni ia bole mengakibatkan boring. Tp ok jugak la ada geng2 yg boleh ajak lepak2 minum kat kedai & aku gi beraya.

Sunday, September 20, 2009

Berkerja di Aidilfitri

Hari ini 20hb 09 2009 adalah hari raya aidilfitri & aku bekerja pagi. Kalu ingatan aku betul (kalu salah ada ingatan terpadam la tu) ini kali ke-2 aku keja pagi dihari raya di SJSI Paka ni & yg ke2 selepas bekerja di TNB. Yg pertama di SJ Telok Ewa, Langkawi. Yg lain kerja malam @ petang. Sedih sangat takde la cuma family beraya diSelangor. Jadi feel beraya tak setara mana la. Lepas kerja balik kg sendiri beraya ngan mak, ayah & adik aku lak. Biasa la demi negara utk membekalkan tenaga elektrik berterusan ke seluruh negara. Juga selamat hari raya aidlfitri utk rakan2 di stesen penjanaan seluruh Malaysia.

Tengah takbir raya

Sebelum solat sunat aidilfitri.Sempat lg tu...


Mendengar khutbah raya yg disampaikan oleh Imam Aziz

Bermaaf-maafan.Ikhlas dok ni?

Menjamu selera

Salah seorang pekerja menerima beg kuih raya disampaikan oleh YB Adun..eh silap,oleh SSCE. Tp yg kelakar sape yg keje 16jam dpt se beg je. Yg lebih nanti nak dipulangkan. Aku pun tak tau lak nak dibuat apa.

Tpi sampai tgahri je tukar baju kerja. Tak tahan baju melayu dalam air-cond. Sejuuukkk.... Yg ramai2 pakai baju melayu tu sekadar nak rasa feel suasana hari raya je. Walaupun begitu, block tetap dimonitor sebaik mungkin. Biasala kerja kan...


Pentingkah mengetahui bahasa Inggeris?


Penting ke mengetahui bahasa Inggeris? Dalam suasana alam pekerjaan sekarang memang perlu kemahiran berbahasa Inggeris. Aku SPMV fail English tp bila dah lama memasuki alam pekerjaan ia serba sedikit meningkatkan tahap English aku. Dulu masa kerja NEC pun guna English gak.

Bagi aku brother baju hitam memang baik & bagus akhlaknya pasal menunaikan kewajipannya bila tiba waktunya tapi jika orang dibelakangnya terbaca apa yg tertulis dibajunya apa la agaknya yg terfikir dibenaknya?

Kata2 orang yg gagal ?

Selepas bercuti bila buka emel memenuhi inbox . Yg menarik emel berbalas antara pekerja operation, kata2 dari ajk union k3p operation membuat perasaan jelik.

"
salam.........

untuk pengetahuan rakan sekelian, union bertindak atas laporan dan disiplin, tentang KPI dan sebagainya

adalah persetujuan antara kita ngan majikan. kalau tak puas hati tuan-tuan boleh buat rayuan ngan pengurusan. ikut prosedur yang ada.
rasanya tuan-tuan bolehlah bersedia untuk pemilihan AJK tahun depan........jangan pulak takut untuk jadi AJK...sebab kita AJK yang ada ning dah puas bermesyuarat ngan pengurusan...tapi apa yang dapat...mungkin itu kelemahan kami...kami akui harap anda dapat memulihkan kembali apa yang operation tak dapat selama ini d
an harapan kami moga anda tidak takut untuk menyahut cabaran ini.......jangan pandai cakap tapi takut untuk menyahut cabaran....kita tunggu pemilihan akan datang....... "

Bukankah dia telah dilantik oleh pekerja. Aku pun tak nampak apa yg telah dia perjuangkan selama ini. Cuba senaraikan apa ajk union operation buat sepangjang 2 tahun ni bermula dari prestasi operation dapat SEMS 1 tahun lepas. Aku masih ingat apa yg telah diceritakan oleh anak buahnya. Katanya " Kita ibarat anak, ayah bagi seposen maka seposen la wat belanja". Napak bodoh benar budak tu, nak beli apa dgn seposen? Lagipun SEMS 1 bermakna tidak membuat apa2.Kemudian membuat cabaran pulak. Utk pemilihan akan datang itu cerita lain. Takkanlah isu yg ada sekarang nak tunggu ada ajk baru yg akan datang. Bagi aku kata itu adalah dari seorang yg gagal berkhidmat. Sebenarnya banyak yg berjaya tapi yg berkaitan dengan ajk union operation je la. Kalu tak berjaya apa yg diperjuangkan sekurang2kurangnya cerita la kepada ahli apa cerita sebenarnya. Tapi tahun lepas mungkin payah nak berjuang memandang seorang union operation dalam kenaikan pangkat tt11 & seorang lg kenaikan pangkat tt13. Kang berjuang terpaksa la dilanjutkan kenaikan pangkat tu cam aku & kawan aku.

Apalah dosa pekerja operation

Prestasi datang lagi. Tu yg kecoh sebelum ni macam2 hal. Terbaru KPI utk SEMS & Env Audit diberi KPI SEMS 3. Diberitakan utk SEMS 1 campur ngan alam sekitar 2 jadilah 3. Ini kerana markah utk SEMS operation utk stesen adalah kecik. Tidak logik peratusan kecil penglibatan operation menjadikan markah utk SEMS operation sahaja menjadi kecik. Hal ini aku pernah utarakan tahun lepas semasa sessi rayuan prestasi. Tapi jawapan yg diberikan amat menghampakan. Tiada jawapan yg spesifikasi yg tepat. Asyik disalahkan tagging je walhal kualiti tagging yg rendah mutunya.

Tahun ini SJSI Paka diberikan SEMS 5 bintang dengan peningkatan 0.2% pekerja operation diberikan SEMS + Env. 3. Cuma utk peronda yg terlibat ERT team je mendapat SEMS 5. Tapi itu ibarat membeli jiwa pekerja yg kecewa.

Friday, September 18, 2009

Kepentingan menjaga persahabatan

Kepentingan menjaga persahabatan
Apakah persahabatan itu hanya wujud pada saat-saat bahagia? Apakah tip yang penting untuk mengekalkan hubungan persahabatan?

HUBUNGAN persahabatan merupakan antara anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Sahabat, teman, kawan atau rakan, walaupun berbeza sebutan tetapi hakikatnya mereka sentiasa berada dalam lingkungan kehidupan kita pada setiap hari.

Tanpa sahabat, seseorang itu mungkin akan dikategori sebagai 'kera sumbang' iaitu orang yang tidak tahu bergaul dan suka menyendiri.

Bermacam-macam corak sahabat kita boleh dapati selepas bersahabat dengan seseorang. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya, ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat, ada sahabat yang garang, tetapi penyayang dan pelbagai lagi.

Di samping itu, sudah menjadi lumrah dunia, ada juga sahabat yang hanya dekat pada kita apabila kita mempunyai kuasa atau kekayaan. Tetapi jika sudah tidak mempunyai apa-apa, kita mungkin ditinggalkan begitu sahaja.

Namun, ada juga sahabat sejati yang akan sentiasa bersama kita, tidak kira susah atau senang. Itulah teman yang benar-benar memahami erti persahabatan yang sebenar.

Walaupun teman sebegini sukar ditemui, tetapi setiap manusia boleh berusaha untuk menjadi seorang sahabat sejati.

Disenaraikan beberapa tip untuk pembaca membina persahabatan yang murni.

10 'K' dalam persahabatan

KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan. Ikatan persahabatan akan mudah rapuh jika tiada kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada pemilik cinta itu sendiri iaitu Allah s.w.t. Oleh itu, kita perlu meluahkan rasa cinta terhadap sahabat dengan mengungkap, 'uhibbuka atau i fillah' (bagi sahabat yang sama jantina) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah.

KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat, kita perlu curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita. Insya-Allah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap sahabat, kita akan diingati sehingga akhir hayat mereka. Ini kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan.

KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi, jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya. Kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, kita juga kena berani menasihati sahabat kita. Ini kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka bukan?

KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan.

KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita. Ini kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Begitu juga sebaliknya.

KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Mungkin ketika itu, tiada siapa yang akan mereka cari, selain kita sahabat mereka.

KEGEMBIRAAN. Jika kita gembira, maka berkongsilah kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran senyuman indah pada raut wajah mereka? Kegembiraan kita, bermakna kegembiraan mereka juga.

KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, 'Kau cantik, aku mesti cantik,' atau 'Kau kaya, aku pun kena kaya'. Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza. Namun, dalam persahabatan, keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman dia antara dua pihak.

Akhir sekali, hayati pepatah Inggeris di bawah:

"Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it, you will get nothing but tears!"

(Persahabatan umpama bawang. Ia mempunyai banyak lapisan di dalamnya dan menambah perisa dalam kehidupan. Tetapi, jika anda cuba memotongnya, anda tidak akan dapat apa-apa, kecuali tangisan.)

Sumber: http//petuamelayu.com

(dipetik dari Kosmo 18 Sept 2009)

Tenang yg sementara

Bercuti (dari kerja) membuatkan aku tenang seketika. Tidak ada apa difikiran berkaitan dengan kerja & prestasi. Lagipun operation kat sjsi ni cam anak tiri je rasanya. union operation? Takde fungsi pun. Banyak sgt nampak ketidakseimbangan pembahagian markah prestasi utk operation, maintenance & bhg lain. Dan yg pasti bole la tengok siapa termasuk dalam kouta prestasi 1 hingga 5 tahun ini. Kadang2 maleh nak fikir tapi asyik selalu sangat terkena tak puas hati gak.
Jadi kesibukan utk persiapan hari raya menghilangkan serba sedikit ingatan pasal kerja . Cuma tahun ni aku kerja dihari raya,family beraya di selangor. Sedih gak tu.hu...hu... tp hero hati kental takde hal punya la....

Thursday, September 17, 2009

Raya & kerja

Baru balik ke Paka. Nak menyambut hari raya shopping sakan tahun ni. Rabak la gak poket utk anak2 & isteri. Sibuk & kalut gak la. Maklumla tahun ni beli last minit. Jadi bila sekali beli jadi banyak lak. Aku seluar jean selai ngan baju t-shirt free beli jeans dah cukup. Bukan raya sangat pun. Baju melayu tahun lepas bole guna lagi.

Balik ke Paka campur ngan orang nak balik raya memang menyenakkan pasal trafic jam. Ari ni tak teruk mana mungkin belum ramai yg balik ke pantai timur. Kena lak ujan je sepanjang highway. Berbuka sempat gak lak kat kedai kat kuantan.

Monday, September 14, 2009

Air-cond yg memanaskan...

Ari ni antor keta kat kedai repair air-cond. Antor tghari petang ambik. Repair air-cond keta aku yg dah aku bertahan tanpa air-cond 2 bulan lebih. Rabak la RM420. Tu yg panas poket. Panas hati takleh sebab dah namanya pakai keta.Campur lak bulan posa ni.Tukar condenser ngan tabung apa ntah nama betulnya. Semalam servis tukar minyak hitam& minyak gear kena RM200. Perggghhhh.... Rabakkk poket. Tapi demi keselamatan & keselesaan itu semua memang perlu. Besok nak jalan jauh. Balik selangor umah mertua. Tahun ni giliran bini aku raya kg dia. memandangkan aku kena kerja kira gi antor dulu la.

Kedai tempat aku repair air-cond. Rasanya zaman aku poli lg kedai ni wujud.





Condenser yg bocor. Dan memang poket aku bocor selepas ditukar baru.

Sunday, September 13, 2009

Coverage sokmo pun takde makna

Kesian... ari ni keluar KPI utk coverage. Yg pelik pekerja2 yg dah tempat kerja macam umah sendiri dpt KPI satu sebab ada penolakan coverage. Yg mencatat rekod 45 kali. Lebih pelik yg asyik duk cover pekerja lain m/c ke,cuti ke tak pulak pengurusan kira. Kiranya apa yg dibuat tidak dihargai langsung. Nasib KPI cover aku OK.

Salah seorang SBO mangsa coverage KO. Pernah catat rekod bekerja 40 jam berterusan. Bukan pasal dia SBO aku tapi sebagai BO yg selalu bekerja denganya tentula aku tau la cam ne dia bekerja. Bagi aku takkan la setiap masa nak kena kerja je. Cuti banyak bukan leh simpan pun.Itu belum ada hal penting masa spare ke off ke. Lagipun kebanyakan SBO adalah kategori 'veteran'. Mudah terdedah bermacam penyakit termasuk penyakit yg dah ada.


Rakan sekerja aku,Daun. Kalu tak kerana dah berjanji dengannya dah tentu aku balik kg mertua aku dah.Tu duk sebuk nak cuti raya la tu.

Saturday, September 12, 2009

White board tempat luahan?

Masuk kerja petang ari ni ada sesuatu yg menarik di whiteboard di CCB room. Ia semacam luahan perasaan je. Abih tu kalu union k3p takleh diharap apa lagi yg mampu dibuat. Karikatur dari seorang pekerja yg berbakat telah mencorakkan kembali whiteboard setelah sekian lama putih bersih. Ia mungkin bersangkut paut dgn ERT team. Biasalah dah musim prestasi ni. Tapi ok gak la luah kat whiteboard, kalu luah kat muka orang ada lak kena buang keje.



Ari ni hari kedua keje petang. Jadi berbuka pun kat kerja je la. Memang dah kebiasaan berbuka ramai2 camni.
Kadang2 musykil diorang ni makan ke melantak(berpada-pada la kawan...) termasuk aku. Selagi ada selera, makaann..

Friday, September 11, 2009

Kesian ERT team

Ari ni kecoh pasal kedatangan ERT team menjalani latihan fire fighting. Ada yg datang banyak kali pun jadi datang sekali je. Kesian jugak kat diorang pasal yg ni masuk dalam KPI. Semacam takde dihargai langsung komitmen yg diberikan oleh mereka2 yg terlibat. Dah la apa yg mereka buat masa SEMS tak dikira. Aku bukan terlibat pun tapi aku pernah jadi ERT team masa di SJ Telok Ewa, Langkawi. Jadi serba sedikit aku tau letih buat menatang fire drill ni. Nak harap union operation?, huh jangan harapla pasal tak terbabit ngan KPI diorang. Takde nak tolongnye..

Thursday, September 10, 2009

Dimana kawan2 KFL 92/93 SMVKT ?

Kelas Kimpalan & Fabrikasi Logam 92/93 di Sek men Vokasional Kuala Terengganu(sekarang Sek Men Teknik Wakaf Tembesu) menggamit kenangan masa lalu. Bermula dari sini la aku terjebak & minat dalam bidang kejuruteraan & teknikal.


Ada jugak sorang dua yg jumpa.Yg lain hanya dengar citer kawan2 je. Ada yg kerja bagus, ada yg tak pasti dimana berada.

motor aku bukan jatuh paya


2 malam lepas lepak ngan member. Pie cakap ada motor jatuh paya. Aku ingatkan ada orang eksiden tapi sekali dia tunjukkan gambor dari henpon dia yg mahal dari hanpon aku ....cisss!!! itu moto aku. jai siap bergambar ngan motor lg.mentang2la moto aku terbarai baru siap repair. Lagipun nak buat drag skuter.



Ini la moto elit 150 aku. ingat nak masuk turbo tapi tak lepas jpj kang susah lak

Wednesday, September 9, 2009

aku & sahabat

Dah 2,3 ari ni perut meragam je. Tapi posa tetap posa. Lepas jumpa doktor berehat je kat umah(tido...). Nampak dah KPI tahun depan nak jahanam.

Malam keluar lepak minum ngan kawan2 kat nasi kukus paka 3. Ramai la pulak.Riuh & kecoh dibuatnya. Dah lama tak lepak ramai2 camni. Sembang ngan geng2 huruhara, jadi huruhara la jadinya. bagi aku diorang ni adalah kawan@ & sahabat aku. Walaupun kalu layan diorang ni boleh jadi biol tapi semangat setiakawan diorang memang tak dpt dinafikan. Bukannya macam pembodek2 dan kempetai kat tempat kerja tu. Depan kita baik je muka suci je sorang2 tapi belakang kita cam hampeh. Cuma sebahagian dpt di snap.