Sunday, September 20, 2009

Berkerja di Aidilfitri

Hari ini 20hb 09 2009 adalah hari raya aidilfitri & aku bekerja pagi. Kalu ingatan aku betul (kalu salah ada ingatan terpadam la tu) ini kali ke-2 aku keja pagi dihari raya di SJSI Paka ni & yg ke2 selepas bekerja di TNB. Yg pertama di SJ Telok Ewa, Langkawi. Yg lain kerja malam @ petang. Sedih sangat takde la cuma family beraya diSelangor. Jadi feel beraya tak setara mana la. Lepas kerja balik kg sendiri beraya ngan mak, ayah & adik aku lak. Biasa la demi negara utk membekalkan tenaga elektrik berterusan ke seluruh negara. Juga selamat hari raya aidlfitri utk rakan2 di stesen penjanaan seluruh Malaysia.

Tengah takbir raya

Sebelum solat sunat aidilfitri.Sempat lg tu...


Mendengar khutbah raya yg disampaikan oleh Imam Aziz

Bermaaf-maafan.Ikhlas dok ni?

Menjamu selera

Salah seorang pekerja menerima beg kuih raya disampaikan oleh YB Adun..eh silap,oleh SSCE. Tp yg kelakar sape yg keje 16jam dpt se beg je. Yg lebih nanti nak dipulangkan. Aku pun tak tau lak nak dibuat apa.

Tpi sampai tgahri je tukar baju kerja. Tak tahan baju melayu dalam air-cond. Sejuuukkk.... Yg ramai2 pakai baju melayu tu sekadar nak rasa feel suasana hari raya je. Walaupun begitu, block tetap dimonitor sebaik mungkin. Biasala kerja kan...


No comments:

Post a Comment