Wednesday, October 28, 2009

Kenderaan dalam kehidupanku

Masa kecik. Dlm 4 @ 5 tahun kut.
Joki basikal kuning tu aku la.

Motor pertama atas nama aku & aku punya. Masa belajo poli. Utk berulang-alik kuliah & merewang.
Yamaha SS ni sekarang ayah aku guna

Aku punya first car. Masa kerja di NEC.Beli second hand tp telah menyumbangkan beberapa ratus ringgit kepada polis melalui saman speed trap.

Second car & hand. Sebulan sebelum berenti NEC. Yg ni aku bawak guna di Langkawi. Hari kedua lapor diri di SJSI Paka eksiden masa balik ke umah family aku. Terlanggar 'kerbau pendek' kul 0100 pg.
Selepas repair aku jual.

Third car selepas trade in yg atas ni. Dari 1.3 je. Itu la kegunaan aku se family. Bini lak dah ada lesen. Bole la sama2 guna.
Ok dah ni.

Motor ke2 aku. Beli melalui loan TNB. Keluar sehari sebelum Muaz dilahirkan.
Aura air masin pantai menyebabkan ia dijangkiti karat.

KENDERAAN IMPIAN

Buat masa ni, utk kegunaan family aku berkenan ngan ni

Kalu utk aku jalan2 / rewang2 yg ni.
Atau yg ni

Tapi aku tahu itu adalah yg mungkin sukar digapai. Setakat level macam aku tak mampu le.Cuma masih dalam cita-cita akan datang hanya yg ini.
250 cukupla. Tak perlu buat lesen lagi. Lagipun aku takut bawak laju2.

Dan yg pasti kenderaan aku yg terakhir akan digunakan adalah dihujung kehidupan. Dan kenderaan itulah membawa aku ke satu tempat dimana jasadku akan disemadikan.
Wallahuallam.



Number 1

Sometime i want to be the number 1 but sometime i like to be the last one.


Tinchy Stryder Ft. N -Dubz - Number 1

Sarapan pagi diwaktu pagi

Semalam kerja 16jam. Pagi ni gi pekena sarapan pagi ngan kawan2 kerja. Dah lama gaktak sarapan ramai2 camni. Bukan apa, bila ramai2 camni riuh skit la dengan citer & ragam masing2. Disamping mengeratkan hubungan antara kawan2. Sebenarnya dah jarang-jarang (baca dlm gaya intonasi P Ramlee dlm Pak Belalang) aku sarapan ngan kawan2. Satu sebab ngantuk gile tak tahan balik kerja terus tido. Se lg sarapan pagi malap sebab gi makan je. Jd baik aku bungkus kat umah je.Sahabat2 sedang menjual cerita & mengutuk sesama sendiri.

Dari pinggan Juddin. Liiciiinnnn...

Cam konvoi lak.

Monday, October 26, 2009

Bekerja untuk hidup?

Sekarang ni masih bekerja seperti biasa.Sebagai Block Operator yg tidak diiktiraf kekompetenan tp masih dalam skop kerja. kadang2 aku terfikir adakah aku bekerja utk hidup atau hidup utk bekerja. Ia mungkin sperti hidup utk makan atau makan utk hidup. Ye la, kalu tak bekerja camne nak makan utk meneruskan hidup. kalu tak makan kang mati kelaparan. begitu juga bekerja mencari nafkah utk menyara keluarga. bekerja juga adalah sebahagian ibadat. tp kadang2 pergi kerja kerana terikat dgn peraturan syarikat,jd kena pergi kerja walaupun semangat utk bekerja pudar.

Mungkin suasana kerja dan sistem penilaian dr peringkat atasan, sikap ingin melakukan yg terbaik dlm kerja menjadikan ia hanya sebagai tuntutan pekerja sahaja. Ini kerna dulu masa mula2 kerja memang sifat ingin mendalami ilmu pengetahuan berkaitan kerja kuat tp lama kelamaan ia tidak lg menjadi satu kemestiaan. Dalam dunia politik tanahair mungkin berbeza cara politik di tempat kerja. Bukanlah berpolitik semasa kerja tp ia berkaitan dgn sikap manusia bukannya atas dasar profesionalisme pekerjaan. Ia dilihat dalam konteks sikap manusia yg mempunyi sifat dendam, iri hati, cantas-mencantas, tidak boleh menerima kritikan dan yg tidak peduli dgn apa yg berlaku disekelilingnya.

Bekerja sehabis baik utk meningkatkan diri sendiri dan syarikat tetapi bila penilaian dibuat ia masih berdasarkan siapa yg bodek kuat, siapa kroni aku, siapa yg aku benci telah menjadikan suasana kerja yg tidak menentu. Sikap pengurusan tertinggi terhadapan yg berdasarkan emosi juga melahirkan pekerja yg bermotivasi rendah. Ye la kalu kerja kuat, kerja bagus tp kerna ia kurang baik dalam konteks 'hubungan yg rapat' maka ia dinilai tidak bagus. Kouta juga menjadikan ia satu red line utk pekerja.

Note; Apa la aku melalut ni. tp itu aku rasa sekarang & dr dulu....

Thursday, October 22, 2009

Ekzos senyap yg menggegar

Setelah 2 minggu ekzos moto elitku berbunyi cam ekzos motor norton akhirnya hari ini bunyian itu telah berakhir. Dan motorku yg umur dari didaftarkan yg sama dengan anakku Muaz hari ni baru ditukarkan timing belt & ekzos yg telah reput akibat aura kemasinan udara air laut. Kenapa aku kata ia menggegar? memang menggegarkan poket aku.
Ekzos baru tu. Tiada lagi kebingitan.

Thursday, October 15, 2009

Semoga mendapat haji mabrur

Bermula semalam aku akan bekerja dengan SBO lain selama 45 hari kerana SBO aku M Hamidi akan pergi menunaikan haji. Rezeki dia dapat pergi tahun ni. Semoga selamat pergi & balik. Dan semoga mendapat haji mabrur, bukan seperti sesetengah haji disini yg aku kadang2 musykil diorang ni haji mabrur atau haji takbur. Maksud aku ada yg title haji tp sikap tidak melambangkan kesucian jiwa seorang haji. Bukan nak menuduh tp sepanjang aku bekerja disini itulah sebahagian ragam kehidupan yg aku jumpa. Dan bilalah aku dapat menunaikan rukun Islam ke-5 ini.

Saturday, October 10, 2009

Kalah juga...

Pagi tadi aku & reguku Awe menyertai perlawan badminton terbuka Paka kategori A+B di Dewan Badminton Master Scaft. Kalu ikut level betul mungkin aku dalam kategori c @ D(ade ke kategori ni?).Pusingan pertama kalah. Tu pun nyaris walk-over pasal Awe lambat sampai. Aku bukan sehebat mana pun. Main selama ni pun sekadar bersukan (itu je yg pandai main) & mewakili kendalian @ join muhibbah je. Kadang2 join friendly.Ini kali ke-2 aku ngan Awe join terbuka diluar sukan SJSI Paka. Saje nak rasa main luar punya camne. bule ukur tahap permainan.Tp ok gak la takde la teruk kena. Kalu kena 4,5 mata tu baru teruk mainnya. Sebenarnya lama dah nak main terbuka luar tp takde geng nak regu. Semuanya alasan nanti kalah la, bukan level kita nak main luar la. Tp Awe ok sebab dia sama ngan aku fikir. Bg aku kalu kita tak cuba camne kita nak tau tahap kita. Lgipun kalah menang adat permainan. Ia ibarat mengaku kalah sebelum berjuang. Lg pun tgh off takde ape nak wat, main le.Senjata yg telah digunakan dalam perlawanan

Friday, October 9, 2009

Laporan KPI punya pasal

Saman kes tak puas hati pasal KPI tu. Ini lagi ganas.



Susah juga kalu dah pandai

Semenjak seminggu ni payah pulak aku @ bini aku nak guna/ konker pc. Anak2 aku ni sejak reti guna & main game internet (ala yg simple2 tu) payah pulak aku nak guna pc @ layan internet. Kalu tak bagi kang merengek/menangis lak.Kalu dah 5 tahun dah reti skit2 camtu dah besar nanti tak tau le. Dah la pandai cari lak game yg nak main. Menang kalah tak penting,yg penting bole main.Biasanya diorang main PS2 tu tp sekarang kurang la. Tapi aku gak yg ajar & tunjuk game kat internet tu. Sekarang aku rasakan sendiri...hu..hu...

Tuesday, October 6, 2009

Terpelajar atau terkurang diajar ?

Selamat Hari Lahir

Selamat Hari Lahir utk anakku Muaz Ikhwanul pd 05hb 10 2009 dan isteriku pd 06hb 10 2009. Juga kepada ibuku Maizol bt Ismail pd 10hb 10 2009. Semoga Allah s.w.t panjangkan umur & dimurahkan rezeki.

Saturday, October 3, 2009

Snooker?

Dah lama tak main snoooker selepas tournament ari tu. Ari ni main ngan kawan2 selepas lama tidak bermain. Aku bukan pandai mana pun tp reti la menjolok bola tu.

Kouta cara penindasan cara halus?

Prestasi KPI kena potong lg selepas ia ditandatangani. Ia kerana mengikut kouta yg telah ditetapkan & dikehendaki oleh pihak stesen. Cuma ut KPI yg telah memang ditetapkan nilaian oleh stesen & penyelia pun boleh potong lagi. Maknanya buat la apa yg ditetapkan utk mencapai skor tp kalu pengurusan nak potong diorang potong gak. Yg tak MC belum tentu dapt bagus dari orang yg banyak MC. Semuanya sudah terpilih oleh pengurusan.