Monday, October 26, 2009

Bekerja untuk hidup?

Sekarang ni masih bekerja seperti biasa.Sebagai Block Operator yg tidak diiktiraf kekompetenan tp masih dalam skop kerja. kadang2 aku terfikir adakah aku bekerja utk hidup atau hidup utk bekerja. Ia mungkin sperti hidup utk makan atau makan utk hidup. Ye la, kalu tak bekerja camne nak makan utk meneruskan hidup. kalu tak makan kang mati kelaparan. begitu juga bekerja mencari nafkah utk menyara keluarga. bekerja juga adalah sebahagian ibadat. tp kadang2 pergi kerja kerana terikat dgn peraturan syarikat,jd kena pergi kerja walaupun semangat utk bekerja pudar.

Mungkin suasana kerja dan sistem penilaian dr peringkat atasan, sikap ingin melakukan yg terbaik dlm kerja menjadikan ia hanya sebagai tuntutan pekerja sahaja. Ini kerna dulu masa mula2 kerja memang sifat ingin mendalami ilmu pengetahuan berkaitan kerja kuat tp lama kelamaan ia tidak lg menjadi satu kemestiaan. Dalam dunia politik tanahair mungkin berbeza cara politik di tempat kerja. Bukanlah berpolitik semasa kerja tp ia berkaitan dgn sikap manusia bukannya atas dasar profesionalisme pekerjaan. Ia dilihat dalam konteks sikap manusia yg mempunyi sifat dendam, iri hati, cantas-mencantas, tidak boleh menerima kritikan dan yg tidak peduli dgn apa yg berlaku disekelilingnya.

Bekerja sehabis baik utk meningkatkan diri sendiri dan syarikat tetapi bila penilaian dibuat ia masih berdasarkan siapa yg bodek kuat, siapa kroni aku, siapa yg aku benci telah menjadikan suasana kerja yg tidak menentu. Sikap pengurusan tertinggi terhadapan yg berdasarkan emosi juga melahirkan pekerja yg bermotivasi rendah. Ye la kalu kerja kuat, kerja bagus tp kerna ia kurang baik dalam konteks 'hubungan yg rapat' maka ia dinilai tidak bagus. Kouta juga menjadikan ia satu red line utk pekerja.

Note; Apa la aku melalut ni. tp itu aku rasa sekarang & dr dulu....

No comments:

Post a Comment