Sunday, January 31, 2010

Yg mana satukah kita?


Video ni aku suka bukan pasal aku minat citer Tamil tapi mesej yg disampaikan. Jadi yang mana satukah kita?

Adakah kita seperti ;
a) budak sekolah itu?
b) orang dewasa yg membantu selepas melihat?
c) orang kenamaan yg melepaskan diri sendiri?
d) pegawai polis yg hanya menunggu?

Adakah kita perlu satu permulaan utk segala perlakuan? Adakah kita boleh bekerja sebagai satu pasukan(teamwork)? Tak semestinya dalam kerja tapi didalam kehidupan seharian kita juga memerlukan kerjasama dalam menjayakan sesuatu perkara. Ia macam sistem gotong royong gak. Ia juga mengeratkan hubungan antara ahli pasukan. Teamwork menjadikan sesuatu yg sukar menjadi lebih senang tak kira la apa kerja sekalipun.Jadi yg kita digolongan mana?

Saturday, January 23, 2010

Naib juara je...

Telah diadakan pertandingan ping pong muhibah kelab kilat SJ Paka diDewan Kelab Kilat. Memandangkan setahun sekali main lawan pingpong jadi almaklumla kalu lawan tu... Hadiah disampaikan oleh S/U Sukan, Rizal.


Pemenang Kategori Expert

Pemenang Kategori Novis


Friday, January 22, 2010

Penjanaan nuklear

Bila la agaknya TNB nak laksana penjanaan guna tenaga nuklear. Aku memang berminat jika ada peluang.

Thursday, January 21, 2010

Untung tu...

Malam Itu

Angin malam yang dingin
Mengigit kulitku yang tipis
Tidak dapat menanggung kesejukan malam
Bersama emosi yang memberontak

Kesejukan malam terus kuharungi
Dengan dilapisi kain kapas tebal
Buat pelindung diri
Dari dimamah kedinginan malam

Aku terus mengelamun
Memikirkan masalah yang mendatang
Untuk diselesaikan secepat mungkin
Agar tidak terus membebankan
Fikiranku yang sememangnya bercelaru
Oleh masalah yang ku tercari

Malam kian larut
Memaksa aku untuk membuai lena
Menghilangkan masalah yang mengganggu
Kerana mataku hampir tertutup
Disebabkan kemengantukan yang amat sangat.

Diambil dari diari 1995 aku bertarikh 3hb julai 1995(Isnin)

Saturday, January 16, 2010

Akhirnya Mustanz juara

Siang tadi telah berlangsung perlawanan bowling muhibah kelab kilat SJ Paka 2010 di U-Bowl Mesra Mall. Ahli kumpulan telah dibahagikan secara undian tp yg pandai main dipisahkan la agar kekuatan setiap kumpulan seimbang. Aku telah diberikan kumpulan Mustanz bersama Abg Mat, Wan Yusri & Ku Mat. Dan akhirnya kami berjaya bergelar juara kumpulan bowling Kelab kilat SJSI Paka 2010.

Bab yg paling boring. Menunggu pusat bowling dibuka.

Seorang ahli Mustanz yg sedang cuba meningkatkan tahap mandromnya ke level 5 hikmat balingan angin apabila cubaan utk mendapat strike tidak berjaya.

Anak aku Muzaffar hanya melihat bapaknya main bowling setelah rengekannya tidak berjaya mempengaruhi bapaknya utk bermain boling juga. Dia ni pantang gi tempat bowling memang nak main je tp pasal bola bowling nak sama berat ngan dia jadi biasanya bapak dia tolong backup baling. Tp tadi nak habis game sebelum Jumaat takut tak sempat janji hari lain le.
Pie yg tersangat gembira sukahati setelah Dragon menang tempat ke-3 kategori berkumpulan

Ahli Mustanz menerima hadiah juara bagi kategori berkumpulan

Jonny dinobatkan juara bagi kategori individu dengan jatuhan pin paling tinggi.

Rosli menerima hadiah bagi Pemain Misteri. Dia pun tak sangka dapat hadiah.

Ahli kumpulan Mustanz

Kertas point yg aku paw dari penganjur.

Monday, January 11, 2010

Kebetulan yang menguntungkan

Tiga empat ari ni duk sebuk download anime Wangan Midnight. Memandangkan aku minat ngan keta2 ni jadi aku rasa aku perlu ada anime ni sebagai koleksi aku selepas Initial D. Kebetulan duk sembang2 ngan Azuan budak baru dia pasal Wangan Midnight ni dia kata ada completed episod. Apa lagi mintak je la. Lagipun nak tunggu completed download lambat. Tukar ngan citer yg aku ada. Dan duk searching internet tadi aku baru tau ada Wangan Midnight The Movie versi live action(makna real punya).

Wangan Midnight
Wangan Midnight adalah mengenai perlumbaan di lebuh raya,dimana jalan raya adalah lebar dan lurus,dan terdapat banyak trafik yang perlu dihadapi.Wangan Midnight lebih menjuruskan kepada kelajuan maksimum dan kereta yang 'highly tuned',manakala Initial D lebih kepada teknik pemanduan.

Wangan Midnight mengisahkan seorang budak bernama Akio Asakura,pemilik nissan fairlady Z (Z31) yang juga seorang 'street racer'.Namun satu hari, dia dicabar oleh seorang doktor bernama Tatsuya Shima, yang memandu kereta hitam Porshe digelar "Black Bird" Walau bagaimana sekalipun Akio Asakura cuba untuk mengalahkan Tatsuya Shima ,kereta nissan fairlady Z dia tidak mampu untuk mengejar "black Bird" dan dia kalah.

Didorong dengan keinginan untuk menang, Akio Asakura mencari part2 kereta untuk mempertingkatkan lagi performance keretanya.Namun dikala dia mencari, dia diketemukan dengan sebuah kereta nissan fairlady Z S30Z berwarna biru,(juga dikenali sebagai Datsun 240Z di pasaran satu generasi sebelum keretanya (z30).Dia berasa hairan kenapa kereta itu berada di tempat sebegini wahal masih dalam keadaan baik,dan mengambil keputusan untuk membelinya.

Permulaan segala cerita

Nissan Fairlady S30Z

Kemudian dia mendapat tahu mengenai kelainan kereta ini, di mana enjin kereta ini telah di 'tune' dengan cukup menakjubkan,namun amat sukar untuk dipandu.Dia juga mendapat tahu nasib yang menimpa pemilik2 kereta ini sebelumnya, dimana pemilik pertama telah mati,manakala yang lain ditimpa kemalangan... Bergelar Devil Z, reputasi kete tu sejak turun temurun menjadi legenda sebagai keta paling power kat sejarah illegal racing di Wangan Freeway, jadi dia menjadi buruan setiap racers di laluan Wangan freeway di tgh2 bandar tokyo

Wangan Midnight adalah hasil karya Michiharu Kusunoki dan siri ini bermula dari manga sejak 1993 tp anime ada baik layan anime lagi best. Lagipun dia punya graphic pun cantik.


Wangan Midnight opening

Initial D

Initial D ialah manga oleh Shuichi Shigeno yang telah disirikan di KodanshaYoung sejak 1995. Ia telah diadaptasikan ke siri anime oleh Avex dan filem aksi oleh Avex dan Media Asia.

Anime dan manga ini memfokuskan kepada perlumbaan haram di Jepun, yang mana Initial D lebih menjurus di jalan bukit, dan tidak di kawasan bandaraya, dan stail perlumbaan drift secara keseluruhannya. Penghasilan Initial D dibantu oleh legenda drift terkemuka, Keiichi Tsuchiya dari segi pemantauan editorial. Kisah ini tertumpu di daerah Gunma di Jepun, yang mempunyai beberapa jalan bukit di sekitarnya. Walaupun sesetengah nama lokasi adalah difiksyenkan, namun kesemua lokasi di siri ini adalah berdasarkan kepada lokasi sebenar di Gunma.

Kisah ini berkisar sekitar tahun 1990-an di daerah Gunma, mengisahkan tentang remaja berusia 18 tahun, Takumi Fujiwara yang membantu ayahnya menjalankan perniagaan kedai tofu dengan menghantar tofu setiap pagi ke sebuah hotel di Akina dengan menggunakan kereta Toyota Sprinter Trueno GT-APEX (AE86) milik ayahnya. Kemudiannya didedahkan bahawa Takumi memandu di Gunung Akina setiap pagi untuk menghantar tofu ke puncak selama 5 tahun, sebelum memperoleh lesen memandu. Ini menyebabkan skil pemanduannya dalam perlumbaan jalan bukit menjadi tajam, yang mana beliau mampu memandu dalam pelbagai keadaan cuaca.

Takumi Fujiwara dgn AE86

Tapi aku lebih suka menonton anime kerana mudah faham & Initial D ini juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada cara pemanduan aku tapi takde la sampai drift. Itu gilo la nak cari nahas.


Salah satu scene Initial D Stage 4. AE86 vs Impreza.

Cuma kesamaan antara Initial D & Wangan Midnight adalah heronya budak muda & kereta yg diguna jenis lama.

Wednesday, January 6, 2010

Patutkah aku marah ?

2 ari bersekolah anak aku dah pandai meniru? Baru 6 tahun dah reti meniru jawapan dari kawan sekelasnya... Baru tadika lak tu. Nak marah sekurang-kurangnya dia pandai gak cuba cari jawapan. Nak marah aku masa belajar dulu ada gak meniru kerja sekolah atau assigment yg diberi kecuali masa exam je tak berani. Aku tengok bukan tak pandai cuma malas je cam aku dulu gak...hu...hu...

Sunday, January 3, 2010

Kejohanan klasik snooker kelab kilat 2010

Siang td telah diadakan perlawanan snooker kelab kilat SJSI Paka bertempat di Dewan Kelab Kilat SJSI Paka. Gambar kureng kerana guna kamera tel zaman purba bervga.

Perlawanan secara kalah mati

Haji Ayob sedang cuba mengukur ketepatan bola. Walaubagaimanapun dia tidak menggunakan kayu snooker dari pelepah tamar..he..he..
Kemenangan terpaksa ditentukan secara fight black ball & Haji Ayob sedang mencari kemenangannya.
Perlawanan suku akhir antara Haji Ayob & Eariee sambil disaksikan oleh penonton & diadili oleh pengadil
Muka poyo pemain underdog yg kalah selepas kekalahan ditentukan oleh fight black ball selepas terlepas peluang memasukkan bola pink sebelum itu. Cuba menunjukkan mata yg diperolehi selepas mengalami kekalahan secara hatrik oleh Zaha Kunyit.
Jadual yg memperlihatkan pemain yg berjaya ke peringkat seterusnya
Kadri sedang cuba memukul bola yg telah di snook oleh Cuit dengan gaya tersendiri.
Antara pemain pilihan kejohanan. Cuit yg masih tergaman kerana ditewaskan secara hatrik fight black ball oleh Kadri cuba mengganggu pemain lain. Manakala Zaha sedang menunggu perlawanan seterusnya selepas mengalahkan aku. hu..hu..
Perlawanan antara Kamaduddin & Kadri di separuh akhir. apa yg aku tahu selepas itu kejohanan ini telah dijuarai oleh Kamarudin selepas menewaskan Haji Ayob di final.

Saturday, January 2, 2010

Good luck & sayonara Din

Semoga kenaikan pangkatmu ke eksekutif di logistik di malim nawar tidak menjadikan ko lupa diri & berusaha la utk menjadi yg terbaik. Kamaruddin(2 dr kiri) akan menjadi eksekutif lepak ngan kitorang bg yg terakhir sebelum berpindah.

Friday, January 1, 2010

Karenah pelajar 5 Cekap

Dalam duk ngemas buku2 aku(komik yg banyak) aku terjumpa buku Perintis 93 iaitu buku tahunan Sek. Men Vokasional Kuala Terengganu. Aku study kat situ tahun 1992-93 dalam kursus Kimpalan dan Fabrikasi Logam.
Masa tahun aku nak ambik SPMV kitorang dikelaskan mengikut pencapaian akademik. Bila subjek mengikut kursus baru berpindah kelas. Aku dikelaskan di Tingkatan 5 Cekap. Kira tahap C la. Citer yg dibawah ni aku rasa budak pompuan kelas aku yg tulis tp takleh nak suspek sape. Nak baca klik pada gambar dibawah utk besarkan.
Mau taknya aku belasah je buat ayat. Aku tak tau makna ruji2... Aku nak tanya aku takut kena lak. Last2 konfiden je buat ayat.

Gambar dibawah ni pelajar Kimpalan dan Fabrikasi Logam tahun1992-93 yg ada dalam buku ni. Ada yg aku jumpa dan ada yg tak tau apa citer. Kalu ada kawan2 terbaca kontek la aku.