Wangan Midnight
Wangan Midnight adalah mengenai perlumbaan di lebuh raya,dimana jalan raya adalah lebar dan lurus,dan terdapat banyak trafik yang perlu dihadapi.Wangan Midnight lebih menjuruskan kepada kelajuan maksimum dan kereta yang 'highly tuned',manakala Initial D lebih kepada teknik pemanduan.
Wangan Midnight mengisahkan seorang budak bernama Akio Asakura,pemilik nissan fairlady Z (Z31) yang juga seorang 'street racer'.Namun satu hari, dia dicabar oleh seorang doktor bernama Tatsuya Shima, yang memandu kereta hitam Porshe digelar "Black Bird" Walau bagaimana sekalipun Akio Asakura cuba untuk mengalahkan Tatsuya Shima ,kereta nissan fairlady Z dia tidak mampu untuk mengejar "black Bird" dan dia kalah.
Didorong dengan keinginan untuk menang, Akio Asakura mencari part2 kereta untuk mempertingkatkan lagi performance keretanya.Namun dikala dia mencari, dia diketemukan dengan sebuah kereta nissan fairlady Z S30Z berwarna biru,(juga dikenali sebagai Datsun 240Z di pasaran satu generasi sebelum keretanya (z30).Dia berasa hairan kenapa kereta itu berada di tempat sebegini wahal masih dalam keadaan baik,dan mengambil keputusan untuk membelinya.
Permulaan segala cerita
Nissan Fairlady S30Z
Wangan Midnight adalah hasil karya Michiharu Kusunoki dan siri ini bermula dari manga sejak 1993 tp anime ada baik layan anime lagi best. Lagipun dia punya graphic pun cantik.
Wangan Midnight opening
Initial D
Initial D ialah manga oleh Shuichi Shigeno yang telah disirikan di KodanshaYoung sejak 1995. Ia telah diadaptasikan ke siri anime oleh Avex dan filem aksi oleh Avex dan Media Asia.
Anime dan manga ini memfokuskan kepada perlumbaan haram di Jepun, yang mana Initial D lebih menjurus di jalan bukit, dan tidak di kawasan bandaraya, dan stail perlumbaan drift secara keseluruhannya. Penghasilan Initial D dibantu oleh legenda drift terkemuka, Keiichi Tsuchiya dari segi pemantauan editorial. Kisah ini tertumpu di daerah Gunma di Jepun, yang mempunyai beberapa jalan bukit di sekitarnya. Walaupun sesetengah nama lokasi adalah difiksyenkan, namun kesemua lokasi di siri ini adalah berdasarkan kepada lokasi sebenar di Gunma.
Kisah ini berkisar sekitar tahun 1990-an di daerah Gunma, mengisahkan tentang remaja berusia 18 tahun, Takumi Fujiwara yang membantu ayahnya menjalankan perniagaan kedai tofu dengan menghantar tofu setiap pagi ke sebuah hotel di Akina dengan menggunakan kereta Toyota Sprinter Trueno GT-APEX (AE86) milik ayahnya. Kemudiannya didedahkan bahawa Takumi memandu di Gunung Akina setiap pagi untuk menghantar tofu ke puncak selama 5 tahun, sebelum memperoleh lesen memandu. Ini menyebabkan skil pemanduannya dalam perlumbaan jalan bukit menjadi tajam, yang mana beliau mampu memandu dalam pelbagai keadaan cuaca.
Tapi aku lebih suka menonton anime kerana mudah faham & Initial D ini juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada cara pemanduan aku tapi takde la sampai drift. Itu gilo la nak cari nahas.
Salah satu scene Initial D Stage 4. AE86 vs Impreza.
Cuma kesamaan antara Initial D & Wangan Midnight adalah heronya budak muda & kereta yg diguna jenis lama.
No comments:
Post a Comment