Dec 1997 aku diterima kerja sebagai Juruteknik MED di NEC Semiconductor (M) Sdn Bhd bertempat di Telok Panglima Garang, Selangor. Bekerja disamping kawan2 yg baik & mesra agak menyeronokkan. Dan disini juga kasih sayang tercipta & kini dia menjadi isteriku. Rasa sayang jugak nak tinggalkan kilang ni pasal kawan2 best tp demi kerjaya kehidupan terpaksa jua ku tinggalkan setelah 3 tahun keje kat situ. Tp sekarang dh tukar nama Renesas.
Saturday, June 25, 2011
Friday, June 10, 2011
Street_Fighter__Legacy
Aku harap satu hari nanti Street Fighter akan real cam dlm anime cam ni. Hope become reality. Street Fighter action movie setakat yg ada kureng le...
Thursday, June 9, 2011
Terbuat juga akhirnya..
Rak utk koleksi die-cast Hot Wheels & Fastlane aku mengikut bajet murah. Modal Rm8.50 beli rokok je ngan klip penyangkut RM1.00. Peralatan dah ada + pinjam. Kayu & plywood kecik tu barang separa terbuang.
Tengah mandom buntu nak buat assigment, tiba2 datang perasan rajin bila tgk kayu & plywood separa terbuang kat garaj umah aku(sebenarnya dah lama aku ambik tp letak je kat situ...). Dgn berbekalkan gergaji, paku & tukul aku telah menyiapkan 1 rak utk koleksi die-cast hot wheels & fastlane aku.
Rak yg telah siap telah disusun model2 kereta hot wheels & fastlane aku. Tunggu nak upgrade letak prospek atau plastik lutsinar kat depan. Bukan apa, nak elak habuk. Sekarang ni guna bulu ayam je la buang habuk kat keta2 tu.
Mari kita tengok langkah2 membuatnya ketika rajin itu merasuk diriku.
Mula2 potong,ukur & paku bahagian2 yg sepatutnya.
Kemudian dgn menggunakan cat umah yg balance ari tu, cat rak dgn berus. Cat dgn lembut & biarkan ia kering. Selepas lapisan pertama kering, cat sekali lagi utk hasil maksimum bagi menutup liang2 urat kayu.
Setelah cat betul2 kering & kering dah, start motor pergi kekedai beli klip penyangkut. Memandangkan yg ada jenis tu aku beli je la. Paku dibelakang rak mengikut ukuran jarak paku di dinding (tempat aku letak frame gambo sebelumnya).
Belum sempat aku nak wat apa2, anak2 aku telah mengeluarkan koleksi2 hot wheelsnya dari tupperware & meletakkan secara menyusun kat rak tadi. Itu sebagai utk melihat hasilnya jika ia disusun kelak.
Aku ingat nak letak plastik lutsinar tu agar tak mudah dicapai,diambil orang @ budak2 yg datang, tp perasaan tak sabar membuatkan aku rasa nak letak jugak. Maka, upacara membuka plastik koleksi2 die-cast Hot Wheels & FastLane aku dilakukan & upacara menyemakkan rumah terjadi la memandangkan aku dibantu oleh pembantu2 yg memang rajin menyelerakkan rumah.
Tuesday, June 7, 2011
Monday, June 6, 2011
Sia-sia je aku mandi nak pi keje
setelah mandi & menyiapkan diri dgn pakaian kerja agar hensem, aku menggalas beg & dgn konfiden aku menunggang motor 150 ku dgn taksub menuju ke tempat kerja. sampai ditempat keje & punch kad hampir 7 minit lg jam 1200 mlm kawan aku bertanya..
"ko keje bila?'
'aku keje mlm ni la" jawabku penuh taksub
"bukan mlm ni shif B ke? pertanyaan yg membuat aku rasa lain macam je
'aku cover shif C. mlm ni kan?' aku membeta balik
'oit..mlm ni shif B la..mlm esok shif C start keje mlm" jawapan yg membuat aku terus tengok roster keje kat atas meja & itu dia mlm ni mmg shif B jelas ter
pampang jadual shif.. aku dgn jiwa kental terus berjalan meluru punch kad kluar & keluar utk balik rumah..
bila sampai dirumah bini aku tanya lak
'ait..kata keje mlm?"..pertanyaan sambil senyum nak gelak terguling-guling membuatkan aku rasa nak tengok channel 715 animax.
jd moralnya..check la dulu roster keje sebelum yakin bahawa bila kita bekerja...
jd aku tak pasti pasal aku semangat nak kerja atau aku biol.. haru..haru..
Dan aku rasa bini aku gelak berguling-guling lepas aku sms esok sebenarnya aku kene keje.
Dalam FB bini aku
Subscribe to:
Posts (Atom)