Tengah mandom buntu nak buat assigment, tiba2 datang perasan rajin bila tgk kayu & plywood separa terbuang kat garaj umah aku(sebenarnya dah lama aku ambik tp letak je kat situ...). Dgn berbekalkan gergaji, paku & tukul aku telah menyiapkan 1 rak utk koleksi die-cast hot wheels & fastlane aku.
Rak yg telah siap telah disusun model2 kereta hot wheels & fastlane aku. Tunggu nak upgrade letak prospek atau plastik lutsinar kat depan. Bukan apa, nak elak habuk. Sekarang ni guna bulu ayam je la buang habuk kat keta2 tu.
Mari kita tengok langkah2 membuatnya ketika rajin itu merasuk diriku.
Mula2 potong,ukur & paku bahagian2 yg sepatutnya.
Kemudian dgn menggunakan cat umah yg balance ari tu, cat rak dgn berus. Cat dgn lembut & biarkan ia kering. Selepas lapisan pertama kering, cat sekali lagi utk hasil maksimum bagi menutup liang2 urat kayu.
Setelah cat betul2 kering & kering dah, start motor pergi kekedai beli klip penyangkut. Memandangkan yg ada jenis tu aku beli je la. Paku dibelakang rak mengikut ukuran jarak paku di dinding (tempat aku letak frame gambo sebelumnya).
Belum sempat aku nak wat apa2, anak2 aku telah mengeluarkan koleksi2 hot wheelsnya dari tupperware & meletakkan secara menyusun kat rak tadi. Itu sebagai utk melihat hasilnya jika ia disusun kelak.
Aku ingat nak letak plastik lutsinar tu agar tak mudah dicapai,diambil orang @ budak2 yg datang, tp perasaan tak sabar membuatkan aku rasa nak letak jugak. Maka, upacara membuka plastik koleksi2 die-cast Hot Wheels & FastLane aku dilakukan & upacara menyemakkan rumah terjadi la memandangkan aku dibantu oleh pembantu2 yg memang rajin menyelerakkan rumah.
No comments:
Post a Comment