Pagi td biniku basuh kasut sekolah anakku Muaz.. Dia jemur atas bonet belakang keta. Nak gi solat jumaat aku naik la keta saga tu bawak dlm keadaan biasa je.. Selepas sampai di Masjid Hadhari aku parking keta & menunaikan solat jumaat lepas tu aku memandu pulang seperti biasa dlm halaju tenang.. Kul 4 ptg sebelum bertolak ke umah mak ayah aku pasal nak berbuka ramai2 kat sana, bini aku tanya mana kasut sekolah Muaz?.. aku baru teringat aku tak perasan kasut duk belakang tu.. Lalu usaha menjejaki kasut tu bermula dari umah kuarters melalui jalan aku telah lalui tadi... Kasut sebelah yg pertama aku jumpa kat depan simpang masjid iaitu selekoh L ke-5 bermula dari umah aku. Sebelah lagi kasut aku dapat di selekoh lengkung ( tak tajam pun selekohnya..mcm nak straight tp aku bedal laju je kt sini td..) yg ke-2 selepas selekoh L yg ke-7. Pergghh.. jauhnya kasut tu duk lekat kat belakang keta tu..yg hebatnya selekoh L aku libas kasut tu tak jatuh tu...Paham2 je la impak layan selekoh L...Logiknya selekoh yg pertama kat umah aku tu dh jatuh dah tp tak rupanya...Mmg bagus la kasut Pallas Jazz ni..Melekattt....Huhu.. Nasib gak jumpa..kalu tak kena beli kasut baru le...
Ulangtayang lakonan semula kejadian.
No comments:
Post a Comment