Monday, December 26, 2011

Terpaksa ku leraikan jua..

Tali nilon kalu berbelit memang rumit nak leraikan. Selepas kes panas hati potong tali hari tu , aku tak berani nak potong lagi...nanti makin pendek..nak casting jauh2 camne lak... silap haribulan kena beli tali nilon baru lak....

Bersimpul lagi... selepas itu terpaksa tekun leraikan kekusutan yg terjadi..

Akhirnya...Tali kusut sudah OK...so...bole sambung aktiviti casting...

Casting...casting..casting...dan seperti biasa sebelum ini...gua terkena kumpau..kalu dari tepi memang payah skit nak kena atas meja makan haruan atau toman...

Saturday, December 24, 2011

Try yg menjadi...

Kadang2 ada gak try tapi tak pernah dapat lagi... masih di dalam kawasan kuarters.. dah kawasan kuarters ni dulu asalnya paya..jadi bila hujan je...tempat2 utk kaki pancing terserlah la...


Hasil pertama dr Cu'it di tempat ini..

Itu bermakna ...aku kumpau...ngee..

Friday, December 23, 2011

Selagi ada ruang waktu

6 petang kiranya dah lewat utk memulakan apa2 aktivit. tp waktu yg terluang itu adalah waktu yg masih berharga walau apa aktiviti sekalipun... Balik je dr Dungun membeli alat2 sekolah anak aku... terus je ke parit tali air dimana Cu'it sudah melaksanakan aktiviti castingnya..

Sekarang ni kalu aku gi mancing ...ni la pengikut setia aku, Muzaffar & Muaz...kadang2 geram gak pasal 2 orang ni kalu dah bersekutu memang bising...ikan dengor bole lari ...tapi dilihat pada pandangan aku...diorang ni pun akan datang jadi kaki pancing gak ni...ngee...

Thursday, December 22, 2011

Kumpau yg terhapus

Setelah penjelajahan mencari lubuk haruan disekitar Kemasik menuju ke Kemaman dgn Cu'it, akhirnya lubuk yg menarik tak jumpa dan kekumpauan berlaku kepada kitorang.

Petang lak terus gi casting lg sorang2 selepas nak main badminton tak jadi pasal tak cukup orang. Level air berisiko utk kumpau tapi try je la. Lagipun nak try gewang janggut.

Sepanjang aku bergelumang dalam arena casting, buat pertama kali aku punya tali tiba2 berserabut, berselirat, berbelit & macam2 yg sewaktu dengannya.. Aku tak sedar masa nak baling gewang. Cuba try lerai, tp makin lerai makin kusut lak. Last2 panas hati, kelabu mata nengok simpul..aku potong terus (maleh dah nak lerai2 simpul..). Yg aku potong buang tu ada la kat 5 depa kut... Dan lepas tu baru bole casting balik..

Dan tak sia2 selepas aku potong simpul berbelit tu. Gewang janggut tak menjadi,aku guna gewang katak hok aku guna sokmo2 tu. & akhirnya... ada jugak hasilnya.

Bermakna aku tak kumpau hari ni...ngeee...

Tuesday, December 20, 2011

Kalu dah giler...

Memang le ning tengah giler casting... petang tadi try gak casting walaupun air parit tali air tak banyak... maknanya seperti biasa risiko utk kumpau tu cerah peluangnya. Tapi Alhamdulillah dapat jugakla hasilnya...


Perbandingan ngan kasut but getah yg baru aku beli saiz 8 utk meredah rumput2, lalang2 & sekutunya...

Wednesday, December 14, 2011

Mubasyir nak pakai spek?

Mubasyir Idraki bergaya dgn rayban..

Ari tu...

Monday, December 12, 2011

Kalau dah giler...



Ptg ingat nak survey lubuk kat tempat lain tp ujan lak.. Sebaik ujan berenti selang seli renyai2 aku try gak gi casting kat parit kuarters je pasal dh lewat ngan anak2 aku & Cu'it.

Sebaik je sampai, aku rasa lain macam je. Tengok bawah...alamak apsal selipar aku pakai sebelah lain sebelah lain ni? (sebelah asadi, sebelah line7...heheh..itu la main sauk je...)...Ni yg ke berapa kali dh. Tapi gi mancing pakai selipar terkawin ni cam suwey je...arghhh...maleh dah nak balik tukar, aku redah je....

Tapi tidak rupanya....ada rezeki rupanya...

Ngan selipar asadi saiz 8..

Cu'it suruh ngat ambik gambo..last2 dia malu nak bergambo kononnnn.. nak tunjuk mana besor haruan diaa dapat atau kaki dia.

Lepas tu layan Muaz & Muzaffar gi nangguk anak ikan dalam paya kat kuarters...nak bela katanya...layan je la...

Monday, December 5, 2011

Ari ni Juddin lapor diri. bermakna selepas ini aku kehilangan geng utk ;
~lepak2 & minum malam2
~pegi berkhemah
~study group OUM
My bestfriends..

Saturday, December 3, 2011

Kalu Dia dah nak bagi...

Setelah pagi mengelilingi kerteh,kerteh 5,durian mentangau kerana nak try casting tempat yg dianggap strategik lepas balik keje malam bersama Cuit...namun lubuk yg dicari & tempat yg di casting tak menampakkan hasil maka penjelajahan tamat kat kedai mancing kayu di dungun. petang lak ada Cuit ajak aku gi casting....tunggu punya tunggu senyap je..last2 gua gi sorang je...layan je walaupun air tidak berapa bagus untuk aktiviti casting sebab air dh surut...tp kalu Dia dah nak bg...rezeki...

Muzaffar yg takut2 nak pegang...

Friday, December 2, 2011

Ku kehilangan lagi

SAYU, SEDIH, PILU KERANA AKAN KEHILANGAN SEORANG SAHABAT YG AKU PERCAYAI TANPA PRAJUDIS....TAHNIAH JUDDIN DIATAS KENAIKAN PANGKAT & BAKAL BEBAS DARI CENGKAMAN PENGURUSAN DISINI...KENANG DAKU DALAM DOAMU BILA LU DAH PINDAH P.G NANTI...SOB..SOB.. SEORANG DEMI SEORANG SAHABAT MENINGGALKAN AKU DEMI MASA DEPAN, KELUARGA & KERJAYA TAPI JUDDIN ADALAH SAHABAT YG SUKAR DICARI,SANGGUP SUSAH SENANG & KAWAN BELAJAR OUM....

Thursday, December 1, 2011

Pembalasan rod patah


Hari ni tak main badminton cam biasa pasal nak repeat yg semalam ngan Cuit. Sanggup cancel main badminton tu...Rod joran dia patah semalam penangan haruan tp tak dapat ditewaskan. Ari ni pembalasan rod patah berbaloi apabila haruan yg dinanti dapat ditewaskan.


Rod : Abu Garcia 10-20lbs
Kekili : Abu GArcia
Line : Ajiking Top Grade SK71 Line #50lbs
Lure: Bakau Lure Frog-Z

Cu'it test timbang barunya.. 0.66kg..

Rod : Xpuyu Amari Am-602H 10-20lbs
Kekili : Ajiking
Line : Ajiking Top Grade SK71 Line #50lbs
Lure: Bakau Lure Frog-Z

Try rod casting baru beli kat K. Tganu semalam. Mesin tranfer je dr rod lama.. Rod joran murah pun ok gak.. Tu la faedahnya gatai mulut bertanya. Aku ingatkan salah tulis... rupanya betul. Cu'it tak puas hati pasal sebatang tu je yg tinggal..jadi aku je yg dapat...stock lama pun bukan ada expired date pun...kedai tu tulis diskaun 90%...ngee...