Saturday, January 28, 2012

Kerana haruan aku TERterjun...

Berbekalkan batang joran set casting aku..hari ni aku try main bottom lak guna set casting...


Muaz & Muzaffar yg asyik bertanya "bila ikan nak makan pancing saya ni!?". Kelihatan Eri yg baru terlibat arena kepancingan turut turun..

Merasa penangan talapia dgn set casting amat mengujakan...hahaha...dah aku casting talapia tak pandang pun....

Akhirnya cara bottom membuahkan hasil yg agak lumayan...& berjaya membengkokkan rod x-puyu....terasa teruja ketika ini... dulu masa kat kampung pernah gak dapat besar dari ni tapi pakai 'taut' je..

Penimbang Cuit yg kadang2 wat hal menunjukkan 0.61 kg = 610g.... masih belum berjaya mengatasi rekod snakehead Cuit hari tu

Mana yg lebih hitam?

Tetapi setiap yg berlaku pasti ada kejadian yg terjadi. Ketika nak cucuk insang haruan dgn tali mesin rumput (pasal takde bekas nak letak...)...tiba2 ia menggelepar & terlepas dari cengkaman tangan...terjatuh ditebing sebelum ia melantun ke dalam parit. Aku yg ketika itu terfikir nak mendapatkan balik haruan mengikut terjun ke dalam parit dgn harapan haruan dapat aku tepuk ke darat. Tapi kaki aku tersadung dan terjatuh dgn lutut kanan mencecah parit dulu (cam terduduk gitu...) ..selepas tersedar aku terjatuh dgn beg pinggang...aku teringat handphone & beberapa barang di dalamnya...aku terus bangun...alaa..air aras atas kepala lutut skit je...tp pasal td aku jatuh terserembab air kat dada, jd jd automatik secara sainsnya beg pinggang aku basah kuyup... & handphone aku didalamnya basah...

Jadi tak dapat la nak ambik gambar selepas tu sebab selama ini aku ambik gambar guna kamera handphone je.... Muaz dapat talapia tak dapat ambik, manakal Muzaffar mengalami kumpau....."kesiannnnnn"kata Muaz....

Gambar2 berikut adalah ehsan dari phone Cuit.

"Takde rezeki la hari ni'.....frust sebab kesilapan terbesar buat keje kat tebing parit...kalu buat kat atas tebing mungkin perkara ini tidak terjadi....basah kuyup...heheh...


Inilah akibat berfikir secara o.o1 saat... Handphone Sony Ericson Naite terpaksa dibuka bateri utk mengelakkan kerosakkan circuit. Tapi aku bernasib baik kerana Samsung Galaxy W & wallet aku dah tinggal kat umah...biasanya aku bawak sokmo...pasal hujan td jadi harini aku tinggal pasal camera phone Sony dh cukup....Alhamdulillah selamat...kalu tak, naya la aku... tp yg lain seperti card reader, pendrive,duit kertas turut mengalami kebasahan...& selepas itu dipaksa berjemur...

Lutut melecet kerana terdrift di parit berlantai simen. Rokok abis basah...

Kata pepatah melayu 'tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat mancing'...

Saksi kejadian masa tu anak aku Muaz & Muzaffar, Cuit ngan Eri gelak sakan tengok aku jatuh(atau terjun?...)..

No comments:

Post a Comment