Thursday, December 10, 2009
Lari bukan penyelesaian
Prestasi dah lepas. Suasana tempat kerja sekarang semacam je. Pengurusan pun nampak cam mandom je. Ajk union langsung takleh harap. Apa lagi yg dimahukan. Bagi aku cukuplah suasana kerja yg tenang & harmoni. Juga nilai kecekapan kerja dinilai sebaik mungkin. Jika diikutkan memang nak je mintak tukar ke stesen lain tapi adakah berbaloi jika aku bekerja tempat lain masalah berkaitan dengan pengurusan seperti yg berlaku di SJSI ni akan selesai? Mungkin ya mungkin juga tidak. Pengurusan yg ramai Haji2 disini sebenarnya telah lama berkhidmat disini. Mungkin ibarat katak bawah tempurung kut. Mungkin itu yg menjadikan pemikiran diorang tak berapa berkembang dengan baik. Sikap tidak mahu menerima pandangan yg lebih baik dari diorang juga menyebabkan ia banyak bergantung kepada idea2 lama. Ye la, kalu orang bawahan lebih pandai memberi pandangan nanti nampak macam diorang tak ada idea lak. Diorang memang mintak idea & pandangan tapi ia sekadar utk menyedapkan hati orang bawahan je. Lepas tu dibakul sampahkan dan guna pandangan sendiri atau guna pandangan orang lain tp diletakkan nama sendiri dalam pandangan itu.Kalu diikutkan memang aku tertarik dengan kekosongan yg ada di SJTJ P.D tp dulu aku dah tukar dari SJTE Langkawi pun atas permintaan sendiri. Kira banyak faktor jugak nak dikira utk jangkamasa panjang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment