Monday, December 28, 2009

Sepanjang PCku masuk ICU

Peerrggghhh...Akhirnya PCku selamat menjalani pembedahan & jangkahayat bersambung setelah mendapat hardisk baru. Peeerggghh... tadi baru ambik PC aku selepas dihantar pada 14hb Dis lalu. PCku telah diimbas,dibedah & diselamatkan oleh sahabatku Zuang.

Sepangjang PCku dalam ICU ada beberapa aktiviti aku yg telah terjadi ;

18hb Dec : My birthday bersamaan maal hijrah. Menghadiri perlawanan badminton bergu berpasukan 1TNB di dewan badminton Dr Sulaiman, Bukit Besar. K Trg. SJSI Paka dapat no4 keseluruhan. Ia perlawanan antara TNB daerah dalam Trg. Malam tadinya tido kat Mingstar Hotel K Trg. Pegi ngan Harun, Cuit & Kad naik keta Honda Civic baru Harun le. Tengah tunggu nak lawan bini call kabo keta takleh hidup lak. Arrrggghhhh...

Jadual perlawanan dimana SJSI Paka dalam Kumpulan B.

Antara barisan pemain yg mewakili SJSI Paka

20hb Dec : Hantor keta ke bengkel kat Kerteh. Tempat aku repair pam klac ari tu.

21hb Dec : Hari ini Ulangtahun perkawinan aku yg ke-6. Takde buat apa2 cuma hadiahkan jam kat bini aku. Nasib ada skit diskaun akhir tahun,kalu tak rabak jugak la.

Kul 2ptg masuk stesen menghadiri rayuan prestasi. Berhadapan dgn panel rayuan yg dianggotai oleh Hj Affendi, Syed Jasmi & Wan Shaifal. Aku paling menyampah jawapan panel asyik duk sebut pasal kouta je. Walaupun sebelum ini kawan sekerja termasuk yg masuk rayuan tahun lepas kutuk,hina,keji aku & kawan2ku yg nak masuk rayuan tp aku peduli hapa. Bagi aku kalu aku tak masuk aku ada satu pilihan sahaja iaitu tak dapat. Tapi bg aku tak salah mencuba iaitu apabila aku masuk aku ada 2 pilihan iaitu antara dapat atau tidak rayuan itu walaupun peluang dapat hanya 0.01% je. Dan ini tahun ke-3 aku masuk rayuan. Yg lepas2 habuk pun tarak.

Petang niatnya nak gi main boling ngan Taj, Pie & Jai tp sampai kat api besar Esso keta Jai rosak. Radiator bocor lak. Selepas topak air dari longkang tepi jalan patah balik Taj tukar keta dia lak. Kat Mesra Mall dah la kena tunggu lama turn nak main boling. Ari tu dapat Lane 8 memang cam cibai,suey & rasa nak makan bola boling tu. Nak seronok jd panas hati lak. Mau taknya nak baling je kena reset,nak baling kena reset. Dah la pin kena 8 komputer lane kira jatuh 7.Yg spare kira 0. nasib kitorang main 1 game je. lepas tu karoke kat sebelah boling. Buy1 free1. Maknanya bayo sejam dapat free sejam. Apa lg belasah je la anak tekak.
23hb Dec : Gi ambik keta kat bengkel anto kat Kerteh Motor. Pomen scan komputer box kata mungkin problem crank angle sensor.

26hb Dec : Gi amik keta kat bengkel Kerteh Motor. Kena kurang RM12 nak capai 500 + semua. Peerrgghhh. Tukar crank angle sensor yg menatangnya ciput tp berkuasa merabakkan poket aku.

No comments:

Post a Comment