Katakanlah begini ; Ada satu bahagian mempunyai 5 shif iaitu shif A,B,C,D & E. Pada satu hari ketua mereka telah bermeeting tanpa kehadiran shif A. Ketika meeting mereka telah menyerahkan tugas yg sepatutnya telah dipegang oleh salah satu shif kepada shif A memandangkan shif A tiada wakil untuk mempertikaikannya. Lalu hasil meeting shif tadi telah meluluskan tugas itu bulat2 kepada shif A. Memandangkan semua shif itu adalah dibawah satu bahagian bermakna ia adalah satu pasukan untuk berkerjasama untuk menjayakan tugas ini. Tapi apa yg berlaku shif B,C,D & E telah melarikan diri dari tanggungjawab itu kepada shif A. Sudahlah begitu ia tidak mengambil sedikit pun tugas yg ada dari shif A sedangkan sebelum ini pun shif A telah mengambil tugas dari shif mereka kerana sebab2 tertentu yg dibuat oleh mereka. Sedangkan untuk hasil tugas itu adalah secara teamwork(kerja berpasukan) secara keseluruhannya. Jadi teamwork apa kejadahnya begitu. Buang ke laut le... nampak sangat pentingkan diri menggunakan taktik kotor. Yg aku sedih semuanya Melayu beragama Islam, malah sebahagiannya bergelar Haji. Jika begitulah sikapnya kadang2 aku terfikir adakah ajaran dalam Islam belum tentu menyucikan hati manusia kearah kebaikan? Aku yakin Islam itu tak salah tapi mungkin amalan yg dilakukan tidak cukup menjadikan penganutnya mampu bersih hati dari sifat iri hati,tamak haloba, dengki dan takbur. Bukan aku kata semua yg bertittle Haji tu teruk.Tidak. Sebab aku juga jumpa yg Haji bagus sifat pekertinya, tidak menunjuk-nunjuk dalam melakukan ibadah dan membuat orang senang berkawan dengannya.
Note : Kisah diatas hanyalah rekaan yg benar.
Thursday, February 18, 2010
Monday, February 15, 2010
Putus kawan kerana FB?
Ketika aku tulis ni memang Facebook tengah top. Aku pun join sama dgn tujuan dapat cari geng2 lama masa study dulu & kawan2 baru. Kawan2 kat keje pun ada join. Tapi seminggu yg lepas sekurang-kurangnya dapat menunjukkan antara kawan atau "kawan". Kerana aku tidak mahu terlibat langsung ngan orang yg aku menyampah jadi aku dah keluarkan kawan aku ni sebagai rakan FB aku kerana dia merupakan rakan FB kepada mahkluk tersebut. Kalu sebagai rakan tentu ia boleh membaca / menulis apa2 yg dibuat oleh aku / dia juga boleh membuat begitu bergantung pd privasi setting. Dan budak ini telah sms kt aku mempersoalkan knp aku boikot FB dia. Hanya sebab itu saje dia telah menunjukkan rasa tidak puas hatinya kt aku dgn tidak bertegur sapa dgn aku. Biarkanla..aku pun tak rugi apa2. Lagipun tujuan aku join FB dah mencapai matlamat. Aku dah jumpa tiga empat orang geng2 masa study dulu. Walaupun tak ramai tapi kira ok la tu. Dan mungkin yg memanaskan keadaan ada beberapa kawan aku juga telah mengeluarkan dia ni dari rakan FB mereka.
Labels:
[Aku Tetap Aku],
[Cebisan Rasa],
[Itulah Kehidupan]
Saturday, February 13, 2010
Konvoi Ulu Yam Project
Ketika di NEC Semiconductor diadakan konvoi ke Hutan Lipur Ulu Yam.kalu tak silap aku ari tu cuti Keputeraan Sultan. Walaupun perancangan 3 ari sebelum tu tapi ia dianggap berjaya. Dengan 20 buah motor & semua geng2 konvoi 21 orang ianya aku rasa seronok & enjoy.
Kepada kawan2 yg didalam gambar nak aku padamkan gambar yg ada tak pakai baju tu emel la kat aku... Sori bro... Tapi itulah kenangan tak mungkin kulupakan.
Kepada kawan2 yg didalam gambar nak aku padamkan gambar yg ada tak pakai baju tu emel la kat aku... Sori bro... Tapi itulah kenangan tak mungkin kulupakan.
Thursday, February 11, 2010
Sebab hari Jumaat best?
Diketika itu,sebab2 hari jumaat best;
1) Hari cuti hujung minggu
2) hari jumaat kantin asrama makanan sedap dari hari2 biasa. tu yg lepas solat jumaat tak sempat baca doa dah berterabur balik. nak kejar makanan kantin asrama.
3) boleh tidor lama2
4) ikut suka korang la nak wat ape pun jangan menjahanamkan harta benda dah
5) hari bule lepak2 ngan kawan2
6) nak basuh baju ke kasut ke yg dah seminggu terkumpul
7) hari bebas aktiviti tapi masih dalam asrama
8) boleh tengok tv
9) buat la apa yg terlintas dalam otak
Hari Sabtu semua diatas kecuali no. 2...hu..hu...
Note: pelajar yg melanggar peraturan asrama tidak termasuk dalam citer di atas
Aku dalam kehidupan
Kenangan silam menggamit lamunanku
Kembali ke zaman persekolahan yang lalu
Tidak dapat ku bayangkan kemesraan
dan gurauan nista dari teman-tenman seperjuangan
Tatkala bergelumang dengan ilmu pengetahuan
Untuk mencapai kejayaan hadapan
Agar meneruskan perjuangan yang kucuba tegakkan
Setelah aku hampir tersungkur dipertengahan jalan
Akibat kedegilan dan kemalasan diriku yang serba beremosi
Kesilapan dan permasalahan yang berlaku dahulu
Akan ku cuba humbankan dari hidupku
Tapi apa yang berlaku adalah ketentuanNya
Aku sebagai hambaNya cuba berusaha
Melarikan diri dari kecuaian perilaku.
Kembali ke zaman persekolahan yang lalu
Tidak dapat ku bayangkan kemesraan
dan gurauan nista dari teman-tenman seperjuangan
Tatkala bergelumang dengan ilmu pengetahuan
Untuk mencapai kejayaan hadapan
Kenangan silam menggamit impianku
Yang mendatang nantiAgar meneruskan perjuangan yang kucuba tegakkan
Setelah aku hampir tersungkur dipertengahan jalan
Akibat kedegilan dan kemalasan diriku yang serba beremosi
Kesilapan dan permasalahan yang berlaku dahulu
Akan ku cuba humbankan dari hidupku
Tapi apa yang berlaku adalah ketentuanNya
Aku sebagai hambaNya cuba berusaha
Melarikan diri dari kecuaian perilaku.
Diambil dari diari 1995 aku bertarikh 14hb November 1995(Selasa)
Aku
Aku adalah aku
Tiada yang dapat menghalangku
Kecuali Yang Maha Kuasa
Prinsipku adalah berbeza
Falsafah juga tidak serupa
Walaupun hampir sama
Dengan sesiapa sahaja yang ada
Aku tetap sendiri
Berdiri diatas kaki sendiri
Untuk belajar berdikari
Tanpa orang lain mencampuri urusan peribadi
Yang wujud hanyalah diriku sendiri
Walaupun orang lain tidak mengerti
Mengapa aku harus jadi begini
Aku akan terus begini
Sehingga sesuatu yang kunanti
Kutemui
Dan mengubahku atau aku sendiri yang mengubahnya
Hingga aku
Adalah bukan aku lagi.
Diambil dari diari 1995 aku bertarikh 21hb Ogos 1995(Isnin)
Tiada yang dapat menghalangku
Kecuali Yang Maha Kuasa
Prinsipku adalah berbeza
Falsafah juga tidak serupa
Walaupun hampir sama
Dengan sesiapa sahaja yang ada
Aku tetap sendiri
Berdiri diatas kaki sendiri
Untuk belajar berdikari
Tanpa orang lain mencampuri urusan peribadi
Yang wujud hanyalah diriku sendiri
Walaupun orang lain tidak mengerti
Mengapa aku harus jadi begini
Aku akan terus begini
Sehingga sesuatu yang kunanti
Kutemui
Dan mengubahku atau aku sendiri yang mengubahnya
Hingga aku
Adalah bukan aku lagi.
Diambil dari diari 1995 aku bertarikh 21hb Ogos 1995(Isnin)
Subscribe to:
Posts (Atom)