Ketika aku tulis ni memang Facebook tengah top. Aku pun join sama dgn tujuan dapat cari geng2 lama masa study dulu & kawan2 baru. Kawan2 kat keje pun ada join. Tapi seminggu yg lepas sekurang-kurangnya dapat menunjukkan antara kawan atau "kawan". Kerana aku tidak mahu terlibat langsung ngan orang yg aku menyampah jadi aku dah keluarkan kawan aku ni sebagai rakan FB aku kerana dia merupakan rakan FB kepada mahkluk tersebut. Kalu sebagai rakan tentu ia boleh membaca / menulis apa2 yg dibuat oleh aku / dia juga boleh membuat begitu bergantung pd privasi setting. Dan budak ini telah sms kt aku mempersoalkan knp aku boikot FB dia. Hanya sebab itu saje dia telah menunjukkan rasa tidak puas hatinya kt aku dgn tidak bertegur sapa dgn aku. Biarkanla..aku pun tak rugi apa2. Lagipun tujuan aku join FB dah mencapai matlamat. Aku dah jumpa tiga empat orang geng2 masa study dulu. Walaupun tak ramai tapi kira ok la tu. Dan mungkin yg memanaskan keadaan ada beberapa kawan aku juga telah mengeluarkan dia ni dari rakan FB mereka.
No comments:
Post a Comment