Thursday, February 11, 2010

Aku

Aku adalah aku
Tiada yang dapat menghalangku
Kecuali Yang Maha Kuasa
Prinsipku adalah berbeza
Falsafah juga tidak serupa
Walaupun hampir sama
Dengan sesiapa sahaja yang ada

Aku tetap sendiri
Berdiri diatas kaki sendiri
Untuk belajar berdikari
Tanpa orang lain mencampuri urusan peribadi
Yang wujud hanyalah diriku sendiri
Walaupun orang lain tidak mengerti
Mengapa aku harus jadi begini

Aku akan terus begini
Sehingga sesuatu yang kunanti
Kutemui
Dan mengubahku atau aku sendiri yang mengubahnya
Hingga aku
Adalah bukan aku lagi.

Diambil dari diari 1995 aku bertarikh 21hb Ogos 1995(Isnin)

No comments:

Post a Comment