Katakanlah begini ; Ada satu bahagian mempunyai 5 shif iaitu shif A,B,C,D & E. Pada satu hari ketua mereka telah bermeeting tanpa kehadiran shif A. Ketika meeting mereka telah menyerahkan tugas yg sepatutnya telah dipegang oleh salah satu shif kepada shif A memandangkan shif A tiada wakil untuk mempertikaikannya. Lalu hasil meeting shif tadi telah meluluskan tugas itu bulat2 kepada shif A. Memandangkan semua shif itu adalah dibawah satu bahagian bermakna ia adalah satu pasukan untuk berkerjasama untuk menjayakan tugas ini. Tapi apa yg berlaku shif B,C,D & E telah melarikan diri dari tanggungjawab itu kepada shif A. Sudahlah begitu ia tidak mengambil sedikit pun tugas yg ada dari shif A sedangkan sebelum ini pun shif A telah mengambil tugas dari shif mereka kerana sebab2 tertentu yg dibuat oleh mereka. Sedangkan untuk hasil tugas itu adalah secara teamwork(kerja berpasukan) secara keseluruhannya. Jadi teamwork apa kejadahnya begitu. Buang ke laut le... nampak sangat pentingkan diri menggunakan taktik kotor. Yg aku sedih semuanya Melayu beragama Islam, malah sebahagiannya bergelar Haji. Jika begitulah sikapnya kadang2 aku terfikir adakah ajaran dalam Islam belum tentu menyucikan hati manusia kearah kebaikan? Aku yakin Islam itu tak salah tapi mungkin amalan yg dilakukan tidak cukup menjadikan penganutnya mampu bersih hati dari sifat iri hati,tamak haloba, dengki dan takbur. Bukan aku kata semua yg bertittle Haji tu teruk.Tidak. Sebab aku juga jumpa yg Haji bagus sifat pekertinya, tidak menunjuk-nunjuk dalam melakukan ibadah dan membuat orang senang berkawan dengannya.
Note : Kisah diatas hanyalah rekaan yg benar.
No comments:
Post a Comment